Khabar angin tercetus bahawa Salman Khan baru-baru ini telah berpisah dengan teman wanitanya dari Romania, Lulia Vantur. 

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang Times Of India, sumber mengatakan bahawa Salman telah memutuskan untuk berpisah dengan Lulia atas permintaan keluarganya yang bimbang dengan hubungan mereka. 

Dikatakan keluarga Salman kecewa apabila mendapat tahu bahawa Lulia dipercayai sudah pun berkahwin dengan seorang pemuzik yang pernah menjadi calon anugerah Grammy. 

Sebelum ini, pelakon "Ek Tha Tiger" tersebut dikatakan telah banyak berhabis demi Lulia, malah turut membeli sebuah rumah khas buat Lulia di Mumbai. 

Menurut sumber tersebut lagi, "Salman kini banyak menghabiskan masa bersama keluarganya. Lulia pula sudah meninggalkan India dan kembali ke Romania buat sementara waktu." 

0 comments:

Post a Comment

Ads