Petua Dan Cara Menghilangkan Mulut Berbau Busuk. Masalah mulut berbau atau mulut busuk adalah masalah yang sangat berat.
Masalah mulut berbau atau mulut busuk adalah masalah yang sangat berat kerana kawan-kawan atau teman anda cuba mengelak untuk berada dekat dengan anda semasa anda sedang bercakap ataupun bersantai. Mulut yang berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci diawal pagi akan tetap berbau.
Jika profession pekerjaan anda banyak berurusan dengan pelanggan-pelanggan, ini yang tidak mengembirakan. Perlu ada jarak diantara pelanggan dengan anda kerana untuk mengelak pelanggan anda tidak selesa kerana bau mulut anda seperti bau air longkang yang tidak di bersihkan oleh Alam Flora. Jika pelanggan itu tahan bau mulut busuk anda, ini bermakna salah satu derianya rosak.
Bagi pasangan suami isteri, jika mulut salah seorang dari mereka berbau busuk: Contoh si isteri, udahlah mulutnya berbau dan baru lepas makan sambal petai ikan bilis. Tentu si suami akan mengelak untuk berada dekat dengannya. Bercium apa lagi!. Mesti tak dapat punya. Mana ada suami yang siuman nak bercium dengan isteri yang mulutnya berbau kecuali suaminya mabuk. Kempunanlah tak dapat “French Kiss” melainkan sama-sama mulut berbau tak akan jadi masalah. Baru seri.
Cara nak tahu mulut anda berbau, cuba hembuskan nafas anda pada cermin atau nak pastikan lagi, hembus perlahan nafas anda pada teman atau suami. Jika tiada tindak balas dari mereka. Bermakna mulut anda normal. Penulis ambil posting ini dari seorang Dr gigi iaitu DR LEEN. Teruskan membaca untuk mereka yang ada masalah mulut berbau.
Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.
Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat .Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Mulut kering kerana kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
Punca kekurangan air liur
  • mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • berpuasa: mengurangkan perembesan air liur
  • pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc: kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • pengambilan minuman alkohol: mengeringkan mulut
  • penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol: mengeringkan mulut
  • kekurangan air dalam badan (dehydration): mengurangkan pengaliran air liur
  • stress: mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Apa patut anda lakukan / petua sekiranya mempunyai masalah ini?

Petua Dan Cara Menghilangkan Mulut Berbau Busuk

1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.
2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3. Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5. Mengunyah gula getah tanpa gula
JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
  • gusi yang bengkak dan merah
  • gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • gusi yang sakit
  • nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • gigi bergoyang
  • gigi sensitif
  • sakit pada gigi ketika mengunyah
  • terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

0 comments:

Post a Comment

Ads