Inilah yang dikatakan realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap dan berangan-angan kosong tidak tentu hala.
Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda.
Jika anda hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, topik ini mungkin boleh memberi anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta dari seorang lelaki. Jom kita Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda.
Kurang Keyakinan Diri
Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia, dia tidak tahu anda berminat pada dia.
Disebabkan malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda
Anda Tidak Cool
Cepat marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang penuh dengan sikap di atas.
Anda perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda.
Penampilan Diri Yang Tidak Menarik
Lelaki selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga pemakaian anda supaya sentiasa menarik.
Jika anda sudah memahami sebab-sebab yang dinyatakan di atas, jangan ragu-ragu untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan melayani dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain.
0 comments:
Post a Comment