Awek cina comel paha putih
Gambar Hiasan




















Tahukah anda bahawa make up boleh meresap ke dalam kulit seperti di tattoo kan ke muka jika tidak ditanggalkan setiap hari. Kini terdapat sebuah kisah pelik, yang mana seorang gadis dari Korea menggunakan make up dan bertindak tidak menanggalkan make upnya selama dua tahun. Malangnya tiada siapa yang memberitahu Dal mi Bae, 20 tahun, yang menderita rupa paras yang tidak boleh dibaiki selepas memakai mekap setiap hari tanpa menanggalkannya.

Gadis ini memberi alasan “Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur” katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. “Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa,” ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya “Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat,” katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawakulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.

0 comments:

Post a Comment

Ads