Info - Rahsia Kecantikan Wanita Thailand


Jom kita baca mengenai tips kecantikan wanita Thailand. 


Wanita Thailand masih mengamalkan rahsia kecantikan dari nenek moyang mereka. Hasilnya, kulit wajah mereka tetap cantik dan berseri.

Ada dua bahan utama dalam rahsia kecantikan wanita Thailand, iaitu,

Betik

Buah yang baik untuk melancarkan metabolisme ini ternyata juga baik untuk wajah. Wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker wajah.

Cara melakukannya cukup mudah. Kupas betik, buang kulitnya, campurkan dengan beberapa titis air limau nipis. Penyekkan buah betik dengan air perahan limau nipis sehingga sebati.

Setelah campuran betik dan air limau nipis sebati, letakkan campuran tersebut pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Kunyit

Buah ini baik sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang sering membuat wajah lebih cepat berkedut. Kunyit menjadi salah satu dari dua rahsia kecantikan wanita Thailand dengan menjadikan kunyit sebagai sabun cuci muka.

Cuci wajah anda dengan air biasa.


 Kemudian ambilah serbuk kunyit secukupnya di tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosokkan di tangan anda hingga tercampur dengan rata. Gosokkan campuran kunyit dan air tadi ke wajah anda selama lima minit, lalu bilas. Jika anda mendapati wajah menjadi berwarna kuning, maka gunakan sabun dan air untuk menghilangkan warnanya. 

0 comments:

Post a Comment

Ads