Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!

Kalau bangsa luar tanya kita orang mana?, Kita dengan bangga menjawab Malaysia!


Tapi anda tahu dari mana asal nama Malaysia, Dan kebanyakan kita tahu nama Malaysia itu wujud adalah selepas kita merdeka pada 31 Ogos 1957, kerana sebelum itu negara kita ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Jadi mari kita sama-sama berkongsi?


Bila merujuk kepada buku "the reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, terdapat baris kata Malaysia lebih ditakrifkan pada: Malay shire (translation: Kawasan Pentadbiran Melayu)

Rujuk wikipedia

In 1957, the Federation of Malaya was declared as an independent federation of the Malay states on the Malay peninsula.[22] The name "Malaysia" was adopted in 1963 when the existing states of the Federation of Malaya, plus Singapore, North Borneo and Sarawak formed a new federation.[23] Prior to that, the name itself had been used to refer to the whole Malay Archipelago.[24] Politicians in the Philippines once contemplated naming their state "Malaysia", but in 1963 Malaysia adopted the name first.[25] At the time of the 1963 federation, other names were considered: among them was Langkasuka, after the historic kingdom located at the upper section of the Malay Peninsula in the first millennium of the common era.[26]


Beberapa cetakan buku ada mengandungi nama Malaysia antaranya:-

Buku Ripley's 1943


Risalah "Malaysia".. written in 1922


Kajian Universiti Teknologi MARA
1) kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Teknologi MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis menyatakan nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. Ia merupakan perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (Gerakan Sulit yang diasaskan oleh Yahudi)

2) Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

3) Yang mengejutkan adalah mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah ingin menggunakan nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura mendapatkan hak menggunakan nama MALAYSIA.

4) Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA ni
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.


8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

12) Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Tun Dr.M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692



Nama Malaysia mula diguna sebelum merdeka


PROF. Madya Mat Zin Mat Kib menunjukkan salinan akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889 yang tertulis nama Malaysia di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU 28 Julai - Penggunaan nama Malaysia bagi merujuk kepada negara ini telah mula digunakan sejak 120 tahun lalu iaitu pada 1889 dan bukannya pada 1929 seperti yang direkodkan di Arkib Negeri Sabah.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib berkata, penggunaan nama Malaysia itu direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889.

''Penemuan laporan bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis oleh J.E Tenison-Woods ini membetulkan kajian awal yang dibuat oleh pihak arkib negeri Sabah bahawa perkataan Malaysia digunakan pada 1 Julai 1929 oleh akhbar yang sama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, laporan yang dibuat J.E Tenison itu memberikan maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan kunjungannya ke Sulu sekitar 1883 hingga 1886.

Beliau yang telah mula membuat kajian sejarah negara sejak 1984, penemuan ini adalah penting bagi memberikan maklumat sejarah yang tepat kepada generasi muda.

''Penemuan itu membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal dari tarikh kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia malah menunjukkan ia digunakan dengan meluas oleh orientalis barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu.

''Penemuan ini juga sekali gus merangsang para sejarawan untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai kewujudan nama Malaysia dalam sejarah negara,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan itu baru-baru ini dan mempunyai salinan asal akhbar berkenaan.

''Mat Zin yang menjalankan kajian di sini telah memaklumkan mengenai penemuan baru dalam BNBH yang disimpan di arkib negeri Sabah dan kita juga telah mengesahkannya.

''Kita amat mengalu-alukan penemuan terbaru ini selepas penemuan lama yang ditemui seorang penyelidik daripada Universiti Malaya yang turut membuat penyelidikan di sini,'' katanya.

Tambahnya, pada masa ini Arkib Negeri Sabah ada menyimpan koleksi BNBH yang mula diterbitkan dari 1883 hingga 1941.

Petikan dari Utusan Malaysia 

Kesimpulannya apa saja yang merujuk kepada 'Tanah Melayu' sebelum merdeka --- tulis dari American atau America ia dirujuk sebagai Malaysia, Apa kaitannya! Adakah nama Malaysia kita ciplak dari Barat juga?

0 comments:

Post a Comment

Ads