Kumpulan idola terbaru K-pop, Crayon Pop baru-baru ini telah menandatangani kontrak kerjasama strategik dan perlesenan album dengan Sony Music Entertainment.
Menurut laman sesawang Korea.com, pihak Sony memberitahu, "Pada lewat Julai lalu, pegawai kanan Sony Music bertemu Crayon Pop ketika sedang melawat Korea untuk melihat sendiri pasaran muzik Korea. Kami tertarik dengan kualiti dan kreativiti yang dibawakan Crayon Pop dan membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka."
Sementara itu, wakil Chrome Entertainment, agensi naungan kumpulan yang dianggotai Ellin, Soyul, Gummi, Choa, dan Way tersebut menyatakan, "Saya percaya kerjasama dengan Sony Music ini merupakan peluang yang penting buat perkembangan Crayon Pop dan saya ternanti-nanti keputusan yang positif dari kerjasama ini."
Sony Music, yang juga merupakan syarikat pengurusan artis-artis hebat antarabangsa seperti Beyonce, Justin Timberlake, Avril Lavigne, dan Usher, turut mewakili artis Korea lain seperti Yiruma, Tim, Park Jongho, Kim Bokyoung, dan Shane.
Crayon Pop, yang membuat kemunculan sulung pada tahun 2012, kembali dengan lagu terbaru mereka, "Bar Bar Bar" Jun lalu dan mendapat sambutan hebat dari para peminat K-Pop.
0 comments:
Post a Comment