Wanita yang hamil sering menghadapi dilema dalam memilih pakaian tambah-tambah apabila perut semakin membesar. Pakaian di dalam almari pula tiada satu yang sesuai dengan keadaan perut yang besar.

Keadaan ini selalunya terjadi pada wanita yang hamil kali pertama yang akan berhadapan dengan situasi mencari pakaian mengandung yang betul-betul sesuai.

Membeli pakaian hamil seharusnya selepas bakal ibu melalui trimester pertama. Hal ini kerana pada trimester pertama, perut masih belum kelihatan. Pakaian sedia ada masih boleh digunakan, Cuma anda perlu mencari pakaian yang lebih longgar dan kainnya yang selesa untuk dipakai.

Apabila memasuki trimester kedua pula, anda masih perlu lihat dahulu keadaan perut samada masih muat dengan pakaian lama atau tidak. Sekiranya pakaian sedia ada semakin sendat, anda perlulah membeli pakaian baru, tetapi harus diingatkan berbelanjalah dengan berhemah dan jangan keterlaluan.

Jika mahu membeli pakaian untuk ibu hamil, pilihlah pakaian dari fabrik yang selesa dan berkualiti. Ini kerana pakaian hamil yang berkualiti akan membolehkan pakaian itu bertahan untuk tempoh yang panjang.

Pilih pakaian yang boleh di suai padan, misalnya blaus dan seluar untuk wanita hamil dan kemudiannya boleh tambahkan penampilan dengan aksesori yang sesuai pasti akan kelihatan lebih menarik.

Ibu yang hamil selalunya akan cepat berasa panas dan kuat berpeluh, oleh itu pemilihan baju yang serap peluh misalnya dari kain kapas disarankan.

Diharap dengan beberapa tip yang dikongsi ini dapat membantu golongan bakal-bakal ibu di luar sana. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Ads