Sudah hampir dua dekad semenjak vokalis Nirvana, Kurt Cobain meninggal dunia tetapi gaya pakaian beliau masih menjadi ikutan orang muda sehingga kini.
Anda yang membesar sekitar tahun 1990an pasti tidak dapat lupakan gaya fesyen 'grunge' yang mana kemeja berpetak serta jaket kardigan gemar dipakai oleh mereka yang tidak mahu menjadi pengikut fesyen konvensional.
Ekoran dari trend yang menjadi ikutan ramai itu, para pereka fesyen terkemuka seperti Marc Jacobs turut tidak ketinggalan dari mendapat ilham Cobain untuk memperkenalkan koleksi fesyen beliau pada tahun 1992 seperti pemakaian baju yang berlapis dan kemeja flannel.
Terkini, Heidi Slimane pula menjadi pereka fesyen yang turut membawa konsep gaya Cobain dalam koleksi pakaiannya bagi pertunjukan fesyen di Saint Laurent Paris.
0 comments:
Post a Comment