Ini Dia Beberapa Fesyen Retro Yang Unik~!



Sekarang ini ramai yang mengikuti trend fesyen semasa dengan mengambil ilham dari majalah fesyen dan menonton gaya selebriti di televisyen. Namun, untuk tampil dengan gaya retro, anda perlukan usaha yang lebih.

Mencari idea fesyen retro yang unik merupakan cara terbaik untuk merakamkan gaya peribadi anda. Berikut adalah tip-tip yang boleh anda ikuti.

Pertama, dapatkan inspirasi atau ilham daripada ikon zaman dahulu dan bukannya mengikut trend selebriti sekarang ini jika anda mahu tampil retro secara maksima. Selebriti seperti Marilyn Monroe, James Dean, Debbie Harry dan ramai lagi merupakan contoh ikon zaman dahulu.

Yang kedua, jika anda berpakaian retro, itu tidak bermakna anda perlu mengehadkan diri anda dengan pakaian satu zaman sahaja. Gabungkan fesyen dari zaman 50-an, 60-an dan 70-an bagi mencipta fesyen yang lebih unik dan menarik.

Pilih salah satu pakaian atau aksesori yang menjadi tanda kegemaran anda. Sebagai contoh, topi, sepatu tinggi, kemeja atau jaket yang menawan. Barang-barang ini boleh memberi anda inspirasi dan membuatkan anda tampil dengan personaliti yang tersendiri. 

Jadilah seorang yang kreatif dalam menyuaipadankan baju dan aksesori daripada sumber yang berlainan agar gaya retro anda lebih terserlah.

0 comments:

Post a Comment

Ads