Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts
MASSILLON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang anggota polis wanita, Jannine England dipecat selepas dia mencium suaminya yang merupakan seorang ketua polis tempatan, Timothy Escola semasa bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mencium suaminya semasa mereka berada di dalam sebuah kereta polis yang membawa seorang suspek perompak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang berumur 57 tahun itu dibenarkan untuk bersara dengan mendapat pencen penuh dan tidak dipecat.

Isterinya yang berusia 30 tahun itu tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan tetapi dia dipecat oleh pihak pengurusan polis.

England kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Peluang Hak Persamaan Pekerjaan AS. Dalam keputusan suruhanjaya itu, England didapati tidak dibenarkan untuk bersara kerana dia seorang wanita.

Suruhanjaya tersebut menyatakan England tidak menerima layanan yang sama seperti pegawai-pegawai lelaki lain.

Menurut suruhanjaya itu, pegawai-pegawai lelaki dibenarkan bersara walaupun mereka telah melakukan kesalahan semasa bertugas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar Massillon menyatakan ia berhak untuk memecat England kerana dia masih berada dalam tempoh percubaan semasa menjadi anggota polis.
Cawan kopi yang boleh mengisi air kopi bersamaan sebanyak 20 buah cawan biasa ini boleh anda dapati di laman web Amazon dengan harga 25 US Dollar (RM78) sebuah. Bagi yang bukan penagih caffeine, mungkin boleh jadikan ianya sebagai hiasan atau tempat letak barang. Atau memandangkan cawan kopi ini boleh tahan beratnya (4.67 kg), boleh juga dijadikan dumbbell untuk work out di rumah. 




Sumber dari Design Taxi


Sekali pandang, Aditya Kumarkelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai tumbuh di mukanya. Namun hakikatnya, Aditya belum pun mencapai usia dua tahun, namun disebabkan sejenis penyakit yang jarang ditemui, dia kelihatan lebih tua berbanding usianya. Dilahirkan dalam keluarga petani di Bihar, Aditya yang berusia 18 bulan menghidap sindrom Cushing iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan ketidaktentuan hormon sekali gus mengakibatkan bulu tumbuh di seluruh badan.

Namun ketika dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema seperti bayi yang lain namun selepas usianya mencecah setahun, tanda-tanda penuaan mula berlaku. Beratnya mula meningkat mendadak dan mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti lelaki dewasa yang lain. Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah membawa Aditya ke hospital.

Dia kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna oleh bapanya, Vinay Sao serta neneknya. Bagaimanapun Dr Krishna yang memeriksa Aditya memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia mungkin terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan radiation untuk menyembuhkannya.

Susulan itu, Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di Delhi untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan menghalang bayi itu dirawat di institut berkenaan. Sebaliknya ibu bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr Krishna. Dalam pada itu, Dr. Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa Aditya membawa kanak-kanak itu ke AIIMS.

“Penyakit ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang dijalankan mendapati terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas buah pinggangnya.

“Ia kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS,’’ katanya.
Kalau remaja perempuan di Jepun terkenal dengan trend kelucahan melampau mereka, remaja dari Trend Pelik Wanita-Wanita Hot Di China:-China pula macam mana? Well mereka tampil dengan trend imej melakukan aksi meluruskan kedua-dua belah kaki.


Trend Pelik Wanita-Wanita Hot Di China

Trend Pelik Wanita-Wanita Hot Di China


Trend Pelik Wanita-Wanita Hot Di China

Trend Pelik Wanita-Wanita Hot Di China







Padah apabila parking ditempat yang tidak sesuai. Admin tidak pasti samaada bagaimana kejadiaan ini boleh berlaku. Kemungkinan pemilik kenderaan tersebut sedang melancong ke luar negara. Kini pemandu ini terpaksa tunggu sehingga pembinaan ini siap baru boleh keluarkan keretanya. STRESS punya pasal.Sumber




Tokyo merupakan salah satu bandar yang paling padat di dunia. Pekara itu menyebabkan sukarnya mencari tanah untuk membina perumahan baru.

Banyak warga Jepun yang memilih untuk tinggal di pangsapuri atau di bilik-bilik kecil yang dikenali dengan sebutan “geki-sema” atau berkongsi rumah.
Antara penduduk yang perlu tinggal di kediaman seperti itu adalah pelajar.

Lebih memeranjatkan, ada yang terpaksa tinggal di dalam bilik sebesar kotak dengan bayaran sewa sebanyak 400 poundsterling atau RM1861.87 duit Malaysia!

Bilik-bilik ini mempunyai bentuk yang sangat kecil, seperti peti.
Ruang ini hanya cukup untuk satu orang sahaja, tidak mempunyai tingkap, pintu, dan hanya berketinggian enam kaki.

Rumah sewa ini biasanya digunakan oleh para professional muda yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja dan menggunakan tempat itu hanya untuk tidur saja.
1
3
4
5
6


Ads