Showing posts with label OmG. Show all posts
Showing posts with label OmG. Show all posts
guru melakukan sex dengan pelajar 15 tahun


Seorang bekas guru wanita sekolah menengah yang didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 15 tahun telah kembali ke mahkamah semalan tetapi perbicaraan kesnya telah ditangguhkan.

Guru wanita dalam lingkungan awal 30an itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas pelajarnya pada awal Januari yang lalu.

Berpakaian hitam, dengan ketinggian 1.6m, berambut pendek dan kurus, guru berkenaan ditemani oleh suaminya dan seorang wanita yang tidak dikenali.

Semalam, Penolong Pendakwa Raya, Sharmila Sripathy-Shanaz memohon penangguhan selama empat minggu kepada mahkamah. Beliau berkata, siasatan secara keseluruhannya telah pun selesai hanya menantikan laporan dari psychiatric guru tersebut sahaja.

Penangguhan itu juga membolehkan dakwaan tambahan dikenakan jika ada.

Peguam guru berkenaan, Mr Dennis Tan tidak membantah permohonan berkenaan.

Untuk rekod, mengikut Kanun Keseksaan yang dipinda pada tahun 2008, menyatakan adalah menjadi kesalahan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan individu berusia 16 tahun ke bawah.

Pada tahun 2009, seorang guru telah menjadi wanita pertama dipenjara 10 tahun kerana melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 15 tahun.


Seorang jurugambar dari Beijing, Wang Fuchun telah mengambil satu siri gambar menunjukkan keadaan sebenar penumpang di dalam kereta api di China. Keadaan sekitar dalam pelbagai jenis kereta api di sekitar ini memang jarang kita lihat di negara kita. Sumber: HERE



Pulau utama Sulu, Jolo adalah pulau ke-15 terbesar di Kepulauan Filipina dari segi kawasan, merangkumi 1,600 kilometer persegi. 

Sulu adalah sebahagian daripada Kepulauan Sulu, yang terbentang dari hujung Semenanjung Zamboanga ke pulau Borneo. Pulau utama dan juga pulau kecil yang terletak di antara pulau-wilayah Basilan ke timur laut, dan Tawi-Tawi di barat daya.

Walaupun terdiri daripada masyarakat majmuk umat Islam dan Kristian, kaum Tausug menguasai Kepulauan Sulu. Tausug adalah antara penduduk pertama di Filipina yang memeluk agama Islam sebagai satu agama dan cara hidup.


Hidup Jacqueline Saburido berubah sepenuhnya selepas seorang pemandu mabuk melanggar kereta dia dan empat orang rakannya. Jacqueline yang kini berusia 33 tahun telah menghadiri satu parti hari jadi rakannya pada tahun 1999. Selesai parti tersebut, seorang rakan sekelas setuju untuk menghantar mereka balik ke rumah sebelum mereka dilanda kemalangan. 

Kereta mereka berempat dilanggar oleh seorang lagi pelajar yang juga menghadiri parti tersebut tetapi mabuk selepas minum bir dengan rakan-rakan. Pelajar yang melanggar mereka , Reginald Stephey langsung tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dalam kereta Jacqueline, dua orang mati dengan serta merta dan dua orang lagi cedera ringan. 

Manakala Jacqueline kurang bernasib baik kerana kakinya tersangkut dan dia dibakar oleh api kebakaran kereta tersebut. Nasib baik Jacqueline masih hidup tetapi kesan bakar pada dirnya begitu teruk sehingga perlu menjalani sehingga 120 pembedahan dan jarinya dipotong. Reginald dipenjara tujuh tahun dan denda RM65,000. Sementara, Jacqueline kini mengajar orang ramai mengenai bahayanya memandu semasa mabuk Cuba tengok rupa Jacqueline sekarang, hampir mengalir air mata bila admin tengok keadaan dia. Nasib baik dia tabah untuk meneruskan hidupnya. 





Masyarakat Korea dahulu kala percaya sejenis arak, Ttongsul yang diperbuat daripada najis kanak-kanak adalah baik untuk kesihatan.

Menurut seorang doktor perubatan tradisional di sana, Dr Lee Chang Soo, arak jenis ini adalah amat bagus untuk memulihkan tulang patah dan juga memberikan kesegaran tubuh badan.

Najis yang digunakan pula bukanlah sebarangan kerana najis kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dikatakan tidak tercemar daripada najis orang dewasa.

Kemudiannya, najis itu akan dicampurkan dengan arak dan dicampurkan dengan nasi serta pulut sebelum diperam selama seminggu untuk menghasilkan wain najis manusia itu.

Kebanyakan generasi muda di Korea tidak pernah mendengar mengenai wain itu dan mereka berpendapat tidak akan sesekali minuman menjijikkan itu.



Gadis dari Poland ini mempunyai satu impian yang bodoh iaitu bersetubuh dengan 100,000 orang lelaki seluruh dunia. Dia mempunyai teman lelaki tetapi lelaki itu tidak tahan dengan obsessi Ania itu. Ania telah mencipta laman web serta media sosial untuk berjumpa dengan lelaki. Dia akan berjumpa dengan 16 lelaki pada hari sabtu dan 16 lelaki lagi pada hari ahad. Dia akan melayan setiap lelaki ini hanya 20 minit. Dia menyatakan semua ini terpaksa dilakukan seperti tu kerana untuk mencapai 100,000 orang, dia akan berusia 81 tahun apabila selesai. 





Ads