Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan. Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat. Ketahui tips kurangkan sakit leher.




1. Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.


2. Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.


3. Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.


4. Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.


5. Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.

Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:

Berdiri
1. Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
2. Pastikan belakang anda lurus.
3. Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
4. Pastikan kaki anda lurus.
5. Duduk.Duduk tegak
6. Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barangMulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
7. Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.


Sumber: HERE
Jom baca sikit pasal sejarah Sabah, Brunei dan Sulu...

1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.

2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.



3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnyaSyarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.





10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .

1. Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti. 

2. Berpakaian sopan dan tudung, Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari. 

3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers . 

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

Anda selalu bergaduh dengan pasangan anda. Ada jugak yang bergaduh dengan ibu bapa anda. Tidak pandai untuk mengawal kemarahan. Asal tak puas hati je meninggikan suara. Ajak orang bergaduh sana sini.
Ada beberapa cara untuk menenangkan diri anda yang marah itu. Antaranya ialah:
Berwuduk
Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la berwuduk.
Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.
Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.
Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.
Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.
Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.
Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.
Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masalah.
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi yang saya tulis ini adalah perkara biasa yang dilakukan bagi orang meredakan kemarahan mereka. Sama-samalah kita amalkan.


Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau

Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.


Inginkan bahu seksi? Sebelum itu anda perlu tahu bahawa tiga otot bahu yang perlu anda latih dengan baik terletak di bahagian depan, sisi dan belakang. Selain itu, otot deltoid yang bertindak membentuk bahu terdiri daripada tiga kumpulan otot yang masing-masing berpunca dari 'titik' bebeza tetapi bersatu di bahagian hujungnya iaitu di atas lengan. 

Mari lihat senaman ringkas yang boleh membantu anda mendapat bahu seksi. Walaupun senaman ini khusus untuk otot bahu, namun ia juga secara langsung melibatkan bahagian atas badan anda juga akan mendapat manfaatnya. 

Angkat beban 
Pilih berat beban di antara 25 hingga 30 peratus daripada berat badan anda. Sebagai contoh, jika berat anda ialah 60 kilogram, maka berat beban yang anda perlu pilih ialah sekitar 18 – 20 kilogram. Jika anda mendapati anda mampu mengangkat lebih berat daripada itu, pastikan anda melakukan secara perlahan dan berperingkat. Anda pasti tidak mahu otot anda cedera akibat paksaan yang dilakukan. 

Kardio
Adalah lebih baik untuk anda melakukan senaman kardio 20 minit selepas angkat beban. Latihan kardio bertujuan membakar lemak dalam badan. Pastinya, anda akan mendapat manfaat berganda jika anda melakukan dua jenis senaman ini secara berterusan. 

Angkat lengan ke bahu 
Luruskan tangan anda ke atas dan bengkokkan tangan membentuk sudut 90 darjah. Anda boleh melakukan senaman ini di mana sahaja anda berada termasuk di tempat kerja! 

Tekan Tubi 
Takan tubi merupakan senaman yang paling ringkas. Malah anda boleh melakukannya selepas bangun dari tidur. Lakukan tekan tubi sebanyak 30 kali sehari selepas bangun tidur dan lakukannya setiap hari, anda pasti akan lihat hasilnya tidak lama kemudian.


Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. 

Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini. 

Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya.

1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka.
  
2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap. 

3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya, kaki anda dapat 'bernafas' seketika. 

4) Pastikan kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah , gunakan produk kaki yang sesuai atau berjumpa dengan doktor. 

5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya. 

Jika kasut anda berbau : 

1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut. 

2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman. 

3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum. 

4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat. 

5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik. 

Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka. 


Ramai diantara anda yang mempunyai bentuk badan normal tapi mempunyai kaki yang agak besar, dan menyebabkan anda berasa rendah diri.

Tetapi kepada anda yang berasa rendah diri akibat masalah itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips membuatkan kaki besar anda kelihatan kecil:

Pakai kasut berwarna gelap
Kasut berwarna gelap akan membuatkan kaki anda tampak kecil berbanding warna cerah atau pastel. Warna merah, biru, ungu , hijau dan coklat, dan hitam akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih menawan dan cantik.

Jangan pakai sandal besar
Jangan memakai kasut jenis 'strappy' kerana ia akan kelihatan lebih besar. Malah kasut akan menjadi ketat dan melekat pada kulit anda. Bagi golongan wanita, jangan pakai kasut jenis itu dan pakailah sandal yang bertutup.

Pakai kasut hujung bulat, bukan runcing
Kasut konservatif runcing mempunyai keupayaan untuk membuatkan kaki kelihatan lebih panjang jadi ia adalah tidak sesuai bagi anda sudah mempunyai kaki panjang. Pilih kasut konservatif berbentuk bulat yang tidak mempunyai ilusi pemanjangan kaki.

Kasut bertumit
Pakai kasut bertumit kerana ia bukan sahaja membuatkan anda kelihatan lebih tinggi malah ia juga membuat kaki anda kelihatan lebih kecil. Selain tumit tinggi, tumit kasut chunky dan tebal, baji dan tumit kucing juga mempunyai efek yang sama.

TIPS - Cara Mudah Atasi Rambut Kusut Anda~!


Rambut merupakan aset penting bagi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki rambut panjang sememangnya tidak akan lari dengan masalah rambut kusut. Lazimnya, individu yang mengalami rambut kusut sangat terdedah dengan masalah rambut gugur. 

Berikut merupakan tiga langkah mudah untuk mengatasi masalah rambut kusut. 

Perapi Rambut 

Secara umumnya, individu yang mengalami masalah rambut kusut adalah berpunca daripada tekstur rambut yang kering. Oleh itu, rambut kusut boleh diatasi dengan penggunaan perapi rambut secara konsisten dan elakkan daripada membilas rambut sehingga bersih apabila menggunakan perapi rambut tersebut. Kesan perapi rambut yang tertinggal pada rambut menjadikan ia mudah diurus dan bebas daripada kusut. 

Krim Dandanan Rambut 

Bagi individu yang memiliki rambut panjang, sebelum anda melakukan "blow-dry" pada rambut, aplikasikan krim dandanan rambut dari bahagian tengah hingga hujung rambut. Akan tetapi, elakkan aplikasi krim tersebut pada akar rambut dan kulit kepala kerana ia akan membuatkan rambut anda berminyak. 

Keringkan Rambut Secara Semulajadi 

Elakkan daripada mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut kerana ia bakal mengundang rambut anda menjadi kering. Oleh itu, seelok-eloknya biarkan rambut anda kering secara semulajadi agar kelembapan rambut kekal sepanjang hari.


Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos. 

Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

TIPS - Cara Mengurangkan Tekanan Anda~!



Pernahkah anda berasa tertekan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Anda mungkin berasa seperti anda terperangkap dalam situasi yang sukar. Kami boleh membantu memberi beberapa tips untuk kurangkan tekanan diri. 

HIPNOTIS DIRI SENDIRI 
Jika dilakukan dengan betul, hipnosis boleh mengosongkan fikiran anda, rendahkan kadar denyutan jantung, dan mengurangkan ketegangan otot. 

Tutup mata anda dan gambarkan sesuatu imej bertekanan, seperti kesesakan lalu lintas, di sebelah kiri. Kemudian, gambarkan penyelesaiannya di sebelah kanan, seperti mencari laluan baru tanpa kesesakan. Anda akan berasa lebih lega!

MAAFKAN DIA 
Walaupun ia mungkin lebih senang untuk berfikir tentang perkara-perkara negatif tentang orang lain, melepaskannya benar-benar kurangkan tekanan! Anda harus dengan ikhlas menggantikan kemarahan anda ke arah pesalah yang dengan satu percubaan untuk memahami sebab-sebab di sebalik tindakan-tindakannya.

YOGA 
Yoga adalah satu aktiviti kurangkan tekanan yang terbukti. Ini sebahagian daripada sistem saraf yang melegakan badan dan minda boleh dirangsang apabila tulang belakang dibengkokkan.

KELUAR
Tekanan boleh dicetuskan apabila badan kita tidak tahu masa. Apabila anda berada di cahaya matahari otak anda sudah mengikut jadual. Berjalan di luar tanpa cermin mata hitam selama 20 minit sehari, tiga kali seminggu boleh tolong kurangkan tekanan.

DIET IKAN 
Melawan tekanan boleh menjadi semudah memakan ikan di sebuah restoran. Apabila memakan diet ikan untuk seminggu seperti ikan kembung, sumber lemak asid omega-3, ia boleh kurangkan tekanan. Apabila anda memakan lemak asid omega-3, anda akan berasa tenang.


Mata yang sembab sememangnya bukan sesuatu yang mencantikkan. Ianya turut memberikan petanda masalah kesihatan yang diakibatkan oleh kurang tidur dan zat makanan. 

Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh mencuba tip secara sendiri di rumah yang lebih mudah dan tidak perlu memakan belanja terlalu banyak. Antaranya adalah pengamalan pemakanan pisang pada setiap hari.

Kaya dengan kalium, bahan mineral tersebut mampu mengawal jumlah air yang tersimpan di bahagian mata. Selain itu, diuretik semulajadi yang elok diambil adalah seperti strawberi, tomato dan teh hijau.


Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik.

Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan.

Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari. Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria’s Secret, Miranda Kerr.

Untuk mendapatkan kesan bulu mata melentik, apa yang anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah dengan menyapu bedak di bulu mata supaya ianya tidak melekit. Ini juga boleh boleh menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara.

Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut. Sebelum memulakan teknik ini, anda perlu memastikan agar sudu tersebut tidak terlalu panas bagi mengelakkan kulit melecur. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal. 

Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada.

Bagaimana tips yang terbaik untuk lelaki memikat atau tackle awek yang mereka suka. Takyah beli buku apakejadah nak ajar ayat-ayat jiwang. HERE IT COME!


Situasi 1 : Ketika awek tersebut menunggu bas.

Anda dilarang keras untuk menanyakan gadis tersebut soalan - soalan common seperti, 'cik adik tunggu bas ke? atau 'sekarang pukul berapa ye?'. Tindakkan ini pastinya membuatkan gadis tersebut memandang serong kepada anda. Jadi, tanyalah gadis itu dengan soalan ini, 'Cik adik, jom solat dulu pastu baru tunggu bas' atau 'tumpang tanya masjid dekat mana ye?'. Soalan seperti ini membuka hati gadis tersebut untuk memberi first impression yang baik terhadap anda walaupun jelas menunjukkan anda ini kaki ponteng solat.

Situasi 2 : Ketika awek tersebut sedang makan.

Anda tidak boleh mengorat awek yang anda suka ketika beliau sedang makan. Pantang kalau mereka ini dikacau ketika menikmati hidangan di depan mata. Jadi untuk menunjukkan yang anda seorang yang gentlemen. Duduk di sebelah meja awek tersebut ketika anda makan. Jangan menegurnya. Apabila awek tersebut selesai makan, anda cepat - cepat ke kaunter membuat pembayaran untuk meja dimana awek tersebut berada. Belanja awek tersebut walaupun isi dalam wallet anda tinggal nyawa -nyawa ikan sahaja. This is turning point, apabila awek tersebut ingin membuat pembayaran, pastinya awek tersebut terperanjat dan terharu kerana ada secret admire (iaitu anda) sudah membayar makanan beliau. Biarkan awek tersebut berlalu dengan penuh persoalan. Dengan ini anda berjaya memancing perasaan beliau walaupun selepas ini anda akan memancing di longkang kerana duit belanja anda sudah habis.

Situasi 3 : Ketika awek tersebut sedang berjogging

Pastikan anda bersedia pada awal pagi untuk turun bersenam atau lebih tepat lagi bersenam sambil mengorat awek yang anda suka. Apabila anda tunggu buatlah streching sekali dua supaya otot - otot badan anda regang dan lancar bagi membolehkan anda berjogging dengan awek tersebut. Tunggulah beliau dengan penuh kesabaran. Apabila anda melihat kelibat beliau cepat - cepat berlakon kaki kekejangan. Walaupun macho disitu tiada tetapi ini adalah peluang. Minta tolong awek tadi pimpin anda ke kerusi. Wah! Jika beliau banyak bertanya mengenai kaki anda maksudnya beliau seorang wanita yang mengambil berat. Dari situ, anda tanyalah sidia soalan - soalan yang biasa ditanya bagi memulakan sesi soalan kenal.

Tiga situasi ini bergantung kepada keadaan. Namun, teknik - teknik ini boleh di apply dalam pelbagai jenis situasi.

 


Kebelakangan ini, ramai yang telah menggunakan telefon pintar atau smartphone. Tapi ramai yang mengeluh kerana dikatakan bateri telefon ini cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri telefon pintar anda.

1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.

 2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.

OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.

3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.

4. Sambungan (Connectivity)

Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.

5. Aplikasi


Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.

6. Kemaskini


Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.

7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
 
8. Pengecas Telefon


Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam. Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.

9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).


10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.

     Petua Mengurangkan Dengkur Semasa Tidur Dan Ketahui Puncanya
 Berdengkur adalah suara yang dihasilkan apabila seseorang bernafas (biasanya dihasilkan ketika menarik nafas) semasa mereka tidur. Hal ini menyebabkan getaran di lelangit lembut dan uvula (benda yang tergantung di bahagian belakang tekak).
Apabila seseorang mendengkur itu boleh jadi salah satu gangguan yang serius pada tubuh. Jadi, apa yang menyebabkan kita berdengku? Berikut merupakan beberapa sebab dan jalan penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah berdengkur :
Gaya Hidup
Ternyata gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita berdengkur. Cuba periksa apakah gaya hidup kita sihat atau tidak dan ubahlah gaya hidup kita tersebut menjadi lebih baik.
Kelebihan Berat Badan
Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan tiroid sehingga menyumbang kepada berdengkur. Dengan menurunkan berat badan, mungkin ia dapat mengatasi dengkuran yang terjadi.
Merokok
Selain merokok punya kesan buruk bagi jantung, merokok juga boleh menghalang jalan nafas, pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan kecil di paru-paru. Berhentilah merokok jika ingin mengatasi dengkuran yang terjadi.
Pengambilan Alkohol
Peminum alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan relaksasi saluran nafas selama tidur serta membuat suara dengkuran semakin keras.
Masalah perubatan
Gangguan perubatan apapun yang menyebabkan penyumbatan hidung, tekak atau paru berpotensi menyebabkan dengkuran. Selain itu adanya gejala diabetes atau hipotiroid pun berpotensi menyebabkan dengkura.. Jadi tentu saja untuk mengubati dengkuran tersebut iaitu dengan mengubati masalah perubatan itu sendiri.
Pola Tidur Tidak Stabil
Tidur yang tidak seimbang boleh menyebabkan perkembangan ketidakstabilan pernafasan yang signifikan saat tidur sehingga mencetuskan dengkuran. Untuk itu usahakan pola tidur yang teratur dan tidak terjaga beberapa kali ketika tidur malam.
Cubalah uji beberapa perkara di atas jika anda mengalaminya. Salah satunya pasti menjadi punca dengkur terbesar. Dengan mengatasi dengkur, tentunya pasangan hidup anda tidak terganggu dan tubuh pun menjadi lebih sihat.
Petua Mengurangkan Dengkur Semasa Tidur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Sediakan dua ruas kunyit hidup . Kupas kulitnya , bersihkan dan hiris halus . Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati . Amalkan minum setiap kali sebelum tidur .
Petua Dan Cara Menghilangkan Mulut Berbau Busuk. Masalah mulut berbau atau mulut busuk adalah masalah yang sangat berat.
Masalah mulut berbau atau mulut busuk adalah masalah yang sangat berat kerana kawan-kawan atau teman anda cuba mengelak untuk berada dekat dengan anda semasa anda sedang bercakap ataupun bersantai. Mulut yang berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci diawal pagi akan tetap berbau.
Jika profession pekerjaan anda banyak berurusan dengan pelanggan-pelanggan, ini yang tidak mengembirakan. Perlu ada jarak diantara pelanggan dengan anda kerana untuk mengelak pelanggan anda tidak selesa kerana bau mulut anda seperti bau air longkang yang tidak di bersihkan oleh Alam Flora. Jika pelanggan itu tahan bau mulut busuk anda, ini bermakna salah satu derianya rosak.
Bagi pasangan suami isteri, jika mulut salah seorang dari mereka berbau busuk: Contoh si isteri, udahlah mulutnya berbau dan baru lepas makan sambal petai ikan bilis. Tentu si suami akan mengelak untuk berada dekat dengannya. Bercium apa lagi!. Mesti tak dapat punya. Mana ada suami yang siuman nak bercium dengan isteri yang mulutnya berbau kecuali suaminya mabuk. Kempunanlah tak dapat “French Kiss” melainkan sama-sama mulut berbau tak akan jadi masalah. Baru seri.
Cara nak tahu mulut anda berbau, cuba hembuskan nafas anda pada cermin atau nak pastikan lagi, hembus perlahan nafas anda pada teman atau suami. Jika tiada tindak balas dari mereka. Bermakna mulut anda normal. Penulis ambil posting ini dari seorang Dr gigi iaitu DR LEEN. Teruskan membaca untuk mereka yang ada masalah mulut berbau.
Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.
Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat .Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Mulut kering kerana kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
Punca kekurangan air liur
  • mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • berpuasa: mengurangkan perembesan air liur
  • pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc: kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • pengambilan minuman alkohol: mengeringkan mulut
  • penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol: mengeringkan mulut
  • kekurangan air dalam badan (dehydration): mengurangkan pengaliran air liur
  • stress: mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Apa patut anda lakukan / petua sekiranya mempunyai masalah ini?

Petua Dan Cara Menghilangkan Mulut Berbau Busuk

1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.
2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3. Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5. Mengunyah gula getah tanpa gula
JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
  • gusi yang bengkak dan merah
  • gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • gusi yang sakit
  • nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • gigi bergoyang
  • gigi sensitif
  • sakit pada gigi ketika mengunyah
  • terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Ads