Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik.

Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan.

Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari. Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria’s Secret, Miranda Kerr.

Untuk mendapatkan kesan bulu mata melentik, apa yang anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah dengan menyapu bedak di bulu mata supaya ianya tidak melekit. Ini juga boleh boleh menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara.

Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut. Sebelum memulakan teknik ini, anda perlu memastikan agar sudu tersebut tidak terlalu panas bagi mengelakkan kulit melecur. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal. 

Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada.

0 comments:

Post a Comment

Ads