Showing posts with label K-Pop. Show all posts
Showing posts with label K-Pop. Show all posts

Song Ji Hyo (Cheon Seong-im) merupakan pelakon drama dan filem yang terkenal di Korean. Menganggotai siri game show TV - Runnning Man sebagai tetamu pada episod 2 - 5. Kemudiannya beliau menjadi ahli tetap dalam variety show Running Man pada episod 6. Terkenal dengan gelaran 'Ace' dalam Running Man kerana kelicikkan dan ketangkasannya dalam Running Man. Namun, disebalik kelicikkan beliau, Song Ji Hyo merupakan pelakon yang comel.









Anda semua pasti kenal dengan Tiffany SNSD . Beliau merupakan seorang ahli kumpulan K-Pop wanita yang sangat terkenal di Korea Selatan. Gambar di bawa ini diambil semasa beliau bertemu dengan Presiden Negaranya kerana mereka dipilih menjadi Ambassador untuk mempromosikan Pelancongan Negara mereka. Sudah menjadi Trend untuk memakai Fesyen sebegini di Korea Selatan .Sumber





Kumpulan idola terbaru K-pop, Crayon Pop baru-baru ini telah menandatangani kontrak kerjasama strategik dan perlesenan album dengan Sony Music Entertainment.

Menurut laman sesawang Korea.com, pihak Sony memberitahu, "Pada lewat Julai lalu, pegawai kanan Sony Music bertemu Crayon Pop ketika sedang melawat Korea untuk melihat sendiri pasaran muzik Korea. Kami tertarik dengan kualiti dan kreativiti yang dibawakan Crayon Pop dan membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka."

Sementara itu, wakil Chrome Entertainment, agensi naungan kumpulan yang dianggotai Ellin, Soyul, Gummi, Choa, dan Way tersebut menyatakan, "Saya percaya kerjasama dengan Sony Music ini merupakan peluang yang penting buat perkembangan Crayon Pop dan saya ternanti-nanti keputusan yang positif dari kerjasama ini."

Sony Music, yang juga merupakan syarikat pengurusan artis-artis hebat antarabangsa seperti Beyonce, Justin Timberlake, Avril Lavigne, dan Usher, turut mewakili artis Korea lain seperti Yiruma, Tim, Park Jongho, Kim Bokyoung, dan Shane. 

Crayon Pop, yang membuat kemunculan sulung pada tahun 2012, kembali dengan lagu terbaru mereka, "Bar Bar Bar" Jun lalu dan mendapat sambutan hebat dari para peminat K-Pop.

Onew mohon maaf kerana tunjuk isyarat lucah




Gurauan kasar Onew menjadi topik hangat, selepas gambar pelantun suara kumpulan SHINee itu menunjukkan isyarat lucah disebarkan di internet.

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang M Wave, kumpulan idola SM Entertainment, SHINee membuat kemunculan di rancangan radio MBC FM, "Younha’s Star Shining Night", yang mana turut disiarkan secara 'live streaming' di Internet.

Onew yang sedang bergurau dengan rakan-rakan sekumpulannya telah menunjukkan jari tengahnya kepada mereka yang duduk bertentangan dengannya, tidak sedar bahawa tingkah laku mereka telah pun mula dirakamkan dan ditayangkan di Internet. 

Aksi tersebut kemudiannya disebarkan, dan menjadi perbualan hangat antara para pengguna Internet.

Pada 19 Mac lalu, wakil agensi naungan mereka, SM Entertainment menjelaskan, "Onew sedang bergurau dengan ahli kumpulan yang lain sebelum siaran dimulakan dan ia telah dirakamkan dalam video."

Wakilnya menyambung, "Onew tidak punya niat lain dan hanya bergurau dengan ahli yang lain, jadi dia juga terkejut apabila gambar tersebut disebarkan. Onew meminta maaf tentang apa yang berlaku dan kami akan pastikan hal ini tidak akan berulang."

Ahreum tinggalkan Kumpulan T-ARA




Ahreum telah disahkan meninggalkan kumpulan T-ARA untuk memulakan kerjaya solonya.

Menurut laman sesawang Kpopstarz, dalam sebuah video yang dimuatnaik ke fan kafe T-ARA, Ahreum menjelaskan, "Ada perkembangan terbaru. Nampaknya saya akan bertemu anda semua sebagai penyanyi solo. Jangan lupakan Ahreum dari T-ARA. Terima kasih kerana memberi sokongan anda kepada saya selama ni."

Ahreum menyambung, "Saya akan bertemu anda semula dengan imej yang jauh lebih baik dari Ahreum yang anda lihat dalam "Countryside Life". Saat-saat saya bersama ahli T-ARA lain tidak akan dilupakan. Saya sayangkan anda semua."

Ahreum menyertai kumpulan T-ARA sebagai ahli kelapan pada Julai tahun lalu dan membuat kemunculan sulungnya dengan runut "Day by Day", selain menyertai kumpulan sub-unit T-ARA, N4 bersama Eun-jung, Ji-yeon dan Hyo-min.

Sementara itu, wakil Core Contents Media menjelaskan bahawa Ahreum akan memfokus kepada muzik hip-hop dan juga bidang lain bidang lain termasuk lakonan.

Agensi tersebut belum membuat keputusan sama ada mereka akan menggantikan Ahreum dengan seorang lagi anggota baru mereka Dani untuk T-ARA N4.

Running Man ke Malaysia September ini!




Berita baik buat para peminat siri variasi popular SBS, "Running Man"! Big Pocket Group bakal membawa empat dari anggota rancangan tersebut ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat.

Menurut laman sesawang Korea.com, empat anggota "Running Man", HaHa, Kim Jong-kook, Gary dan Ji Suk-jin bakal menemui para peminat di Gedung Membeli-Belah Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur pada 7 September ini, selepas aktiviti mereka di Hong Kong 13 Julai. 

Beberapa aktiviti bersama peminat akan diadakan selain keempat-empat mereka menghiburkan penonton dengan bakat tersendiri.


Tiket untuk "RACE START! in MALAYSIA RUNNING MAN FAN MEETING ASIA TOUR 2013" akan mula dijual pada 20 Julai dan pelancaran tiket istimewa (VIP dan Premium sahaja) telah pun disusun untuk memudahkan pembelian dan boleh dilakukan di tingkat 15 Kenangan Wholesale City dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sementara itu, tempahan secara atas talian akan bermula pada 21 Julai.

“Little PSY" lancar album sulung




Selepas kejayaan PSY dan lagunya “Gangnam Style” memecah rekod dunia untuk menjadi video YouTube paling banyak ditonton sepanjang masa, kini bintang tarian kecil, Hwang Min-woo, yang terkenal dengan gelaran “Little PSY” bakal mengikuti jejak penyanyi rap itu dengan mengeluarkan album sulungnya.

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang Allkpop, Hwang Min-woo, si cilik kacukan Korea-Vietnam ini baru-baru ini muncul di sidang media album sulungnya dan membuat persembahan eksklusif kali pertama sebagai seorang penyanyi menerusi lagunya, “Show+Time”.

Bintang berusia lapan tahun itu juga turut melancarkan muzik video untuk lagunya yang berentak elektro-pop tersebut. Muzik video yang dikeluarkan baru-baru ini, menonjolkan Hwang yang berpakaian serba merah menunjukkan bakat tariannya berlatarkan sebuah kelab. 

Hwang sebelum ini meraih populariti apabila muncul dalam video muzik “Gangnam Style” di samping PSY. Dia yang sebelum ini muncul dalam program realiti “Korea’s Got Talent” dan “Star King” ketika berusia 5 tahun, telah dipilih untuk membuat persembahan bersama PSY selepas penyanyi rap itu tertarik dengan kebolehan tariannya. 

Sementara itu, PSY baru-baru ini melancarkan “Gangnam Style” berentak remix dan kini sedang sibuk dengan konsert jelajahnya.

Hyorin mohon maaf kepada para peminat




Anggota kumpulan SISTAR, Hyorin baru-baru ini membuat kenyataan maaf kerana menyinggung perasaan para peminatnya.

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang Kpopstarz, beberapa video dan gambar majlis sesi tandatangan bersama peminat kumpulan SISTAR yang diadakan pada 13 Julai dimuatnaik ke Internet. Ramai yang memberi maklum balas mengatakan Hyorin bersikap biadap dan dingin terhadap para peminatnya.

Menurut beberapa sumber, ketika berada dalam majlis, Hyorin yang ditegur kerana berwajah serius, berkata, "Angin saya bukan tak baik. Jangan salah faham. Cumanya seseorang tak mungkin boleh senyum 24 jam sehari, 365 hari setahun, kan? Saya bukan tak ada mood. Saya cuma tak ada reaksi."

Selepas kontroversi tersebut disebarkan, Hyorin menyatakan kemaafannya di Twitter rasmi SISTAR dan menulis, "Helo, ini Hyorin. Maafkan saya kerana tak sengaja mengecewakan anda semua dalam insiden sesi tandatangan tersebut."

Tambah Hyorin lagi, "Sebenarnya saya berseronok di majlis tersebut. Tapi saya terlalu berterus terang dengan para peminat dan mungkin tindakan saya itu menyebabkan salah faham. Saya tak akan menyecewakan anda lagi. Maafkan saya. Saya akan menjadi Hyorin yang akan mencuba yang terbaik."

Psy bakal lancar album baru




Bintang sensasi K-Pop, Psy bakal melahirkan album terbarunya September ini, seperti yang dilaporkan di laman sesawang DKPop News.

Menurut wakil dari agensi naungannya, YG Entertainment, "Psy kini berada di Los Angeles dan sedang menyiapkan album terbarunya yang bakal dilancarkan September ini."


Selain itu, Psy juga sedang sibuk membuat persiapan untuk satu lagi konsert berskala besar di Korea Selatan pada bulan Disember. Dalam berita lain, 15 Julai merupakan tarikh ulangtahun pertama pelancaran "Gangnam Style", yang kini menjadi video yang paling banyak tontonan di YouTube, dengan rekod 1.73 bilion sehingga kini.

Selain meraih pelbagai anugerah melalui lagu hit tersebut, Psy juga berjaya mencipta rekod dunia untuk video tersebut tahun lalu.

Qri ketua T-ARA yang baru




Anggota T-ARA Qri telah dilantik untuk menjadi ketua kumpulan yang kelima kumpulan tersebut menggantikan Soyeon.

Menurut laman sesawang DKPop News, pada 14 Julai lalu, agensi naungan mereka, Core Contents Media mengumumkan bahawa Qri telah dilantik mengetuai kumpulan tersebut bersempena pelancaran album terbaru mereka tidak lama lagi.
Menurut wakilnya, “Sudah menjadi adat kumpulan T-ARA untuk menukar ketua mereka setiap kali aktiviti baru bermula. Kali ini, Qri akan mengetuai aktiviti-aktiviti promosi selanjutnya.”

Sebelum ini, T-ARA pernah diketuai Eunjung, Boram, Hyomin, dan Soyeon; yang mengetuai T-ARA sejak Januari 2012. 
v T-ARA akan memulakan aktiviti promosi mereka sebagai kumpulan enam anggota selepas pengunduran Areum minggu lalu.

Taeyang lancar album September ini!


Selepas G-Dragon, seorang lagi anggota kumpulan Big Bang, Taeyang bakal kembali dengan album solo keduanya September ini.

Menurut laman sesawang Kpop Starz, Yang Hyun-suk, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, syarikat naungan penyanyi bersuara R&B itu mengumumkan, "Album solo kedua Taeyang bakal dilancarkan awal September. Maklumat lanjut tentang album tersebut akan kami umumkan kemudian."

Taeyang sebelum ini mengeluarkan album solo pertamanya pada tahun 2010 dan melahirkan lagu-lagu hit seperti "I Need a Girl", "Where U At," dan "Look At Only Me".

Dalam masa yang sama, Yang juga memberitahu bahawa naib johan pertandingan nyanyian SBS, "K-Pop Star" musim kedua, Bang Yedam telah memilih YG Entertainment sebagai syarikat naungannya, seiring dengan johan, duo Akdong Musician.

Ratu rap Amerika, Missy Elliot mengesahkan bahawa dia telah pun merakamkan sebuah kolaborasi dengan ketua kumpulan Big Bang dan penyanyi rap Korea terkenal, G-Dragon.

Menurut laman sesawang Koreaboo, ketua YG Entertainment, Yang Hyun-suk mengumumkan pelancaran album studio kedua G-Dragon Ogos ini, dan Missy Elliot merupakan seorang daripada artis yang ditonjolkan dalam album tersebut.

Menurut Yang, "Pada tahun 2009, G-Dragon melahirkan album solo pertamanya pada harijadinya yang ke-21. Tahun ini, dia bakal melancarkan sebuah album solo lagi pada tarikh yang sama."

Album studio kedua ini bakal mengandungi 10 buah lagu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh penyanyi rap tersebut.


Menurut sumber, pihak YG Entertainment telah menghantar pelbagai maklumat dan hasil kerja GD kepada pemilik lagu hit "Get Your Freak On" tersebut, yang telah menghentikan kerjaya muziknya buat seketika, agar dia bersetuju bekerjasama dengan anggota Big Bang berkenaan. 

Lagu kolaborasi G-Dragon dan Missy Elliot dicipta oleh komposer dan penerbit muzik YG, Teddy yang juga menggunakan sampel dari lagu rakyat tradisional Korea, “Nililiya”.



Penyanyi rap dan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon baru-baru ini tampil menjelaskan kontroversi perkauman yang melandanya. 

G-Dragon sebelum ini mencetus kontroversi apabila memuat naik gambarnya di Instagram yang dianggap sebagai cara canggungnya memberi penghormatannya kepada Trayvon Martin, seorang remaja Afro-Amerika yang telah ditembak mati dalam satu kes pergelutan dengan seorang ahli rukun tetangga yang menjadi isu hangat di Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu. 

Gambar tersebut menampilkan penyanyi rap itu dengan wajah yang diwarnakan hitam sementara kepalanya ditutup dengan hud berwarna kelabu. 

Gambar ini telah mencetuskan kemarahan para peminat
di Amerika Syarikat yang dikatakan bersikap perkauman.

Sekalipun cara yang sama telah dibuat oleh para artis Amerika Syarikat yang lain seperti Frank Ocean, The-Dream dan P. Diddy, malangnya tindakan G-Dragon mencetus kemarahan para peminat di sana yang menganggap perbuatan menghitamkan wajah sebagai tindakan perkauman. 

Namun begitu, laporan di LA Times memberitahu bahawa G-Dragon, yang diwakili oleh perantaranya, baru-baru ini menjelaskan situasi sebenar dan berkata, "Situasi ini hanya satu salah faham. Imej tersebut hanyalah konsep visual untuk kulit album terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi." 

Jelas wakilnya lagi, "Cat muka tersebut hanyalah satu daripada variasi warna untuk kulit albumnya yang menampilkan G-Dragon dalam warna hitam, putih dan merah. Ia bukan satu kenyataan politik mahupun bangsa." 

Ads