Hyorin mohon maaf kepada para peminat




Anggota kumpulan SISTAR, Hyorin baru-baru ini membuat kenyataan maaf kerana menyinggung perasaan para peminatnya.

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang Kpopstarz, beberapa video dan gambar majlis sesi tandatangan bersama peminat kumpulan SISTAR yang diadakan pada 13 Julai dimuatnaik ke Internet. Ramai yang memberi maklum balas mengatakan Hyorin bersikap biadap dan dingin terhadap para peminatnya.

Menurut beberapa sumber, ketika berada dalam majlis, Hyorin yang ditegur kerana berwajah serius, berkata, "Angin saya bukan tak baik. Jangan salah faham. Cumanya seseorang tak mungkin boleh senyum 24 jam sehari, 365 hari setahun, kan? Saya bukan tak ada mood. Saya cuma tak ada reaksi."

Selepas kontroversi tersebut disebarkan, Hyorin menyatakan kemaafannya di Twitter rasmi SISTAR dan menulis, "Helo, ini Hyorin. Maafkan saya kerana tak sengaja mengecewakan anda semua dalam insiden sesi tandatangan tersebut."

Tambah Hyorin lagi, "Sebenarnya saya berseronok di majlis tersebut. Tapi saya terlalu berterus terang dengan para peminat dan mungkin tindakan saya itu menyebabkan salah faham. Saya tak akan menyecewakan anda lagi. Maafkan saya. Saya akan menjadi Hyorin yang akan mencuba yang terbaik."

0 comments:

Post a Comment

Ads