
Seorang
bekas guru wanita sekolah menengah yang didakwa melakukan hubungan seks
dengan pelajarnya yang berusia 15 tahun telah kembali ke mahkamah
semalan tetapi perbicaraan kesnya telah ditangguhkan.
Guru wanita dalam lingkungan awal 30an itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas pelajarnya pada awal Januari yang lalu.
Berpakaian
hitam, dengan ketinggian 1.6m, berambut pendek dan kurus, guru
berkenaan ditemani oleh suaminya dan seorang wanita yang tidak dikenali.
Semalam,
Penolong Pendakwa Raya, Sharmila Sripathy-Shanaz memohon penangguhan
selama empat minggu kepada mahkamah. Beliau berkata, siasatan secara
keseluruhannya telah pun selesai hanya menantikan laporan dari
psychiatric guru tersebut sahaja.
Penangguhan itu juga membolehkan dakwaan tambahan dikenakan jika ada.
Peguam guru berkenaan, Mr Dennis Tan tidak membantah permohonan berkenaan.
Untuk
rekod, mengikut Kanun Keseksaan yang dipinda pada tahun 2008,
menyatakan adalah menjadi kesalahan seorang wanita melakukan hubungan
seks dengan individu berusia 16 tahun ke bawah.
Pada
tahun 2009, seorang guru telah menjadi wanita pertama dipenjara 10
tahun kerana melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 15
tahun.
Is merit casino legit or scam? - xn--o80b910a26eepc81il5g.online
ReplyDeleteDo you have any doubts about merit casino? Do 메리트 카지노 주소 you have any doubts that merit casino is scam? · I think a lot of people don't know · Why the name