Showing posts with label Smartphone & Tablet. Show all posts
Showing posts with label Smartphone & Tablet. Show all posts
Ura-ura bahawa Apple akan melancarakan 2 iPhone serentak pada bulan September ini, iaitu iPhone 5S dan iPhone ‘mampu milik’ sudah diketahui umum. 
Sebuah gambar yang menunjukan bungkusan yang mempunyai logo Apple berserta tulisan ‘iPhone 5C’ dimuat naik ke internet. iPhone 5C ini dikatakan akan hadir dengan beberapa pilihan warna. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai nama iPhone Bajet ini, antaranya adalah iPhone Lite, iPhone Mini dan kini mungkin ianya dikenali sebagai iPhone 5C.Sumber





Huawei Ascend P6 Paling Nipis Di Dunia!



Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global terkemuka yang berpangkalan di China, melancarkan Huawei Ascend P6, telefon pintar paling nipis di dunia, dalam pasaran Malaysia. 


Ketua Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Gary Xu, berkata Ascend P6 mempunyai ketebalan hanya 6.18 milimeter dan dilengkapi dengan pemprosesan 1.5GHz empat teras serta badan logam yang anggun. Katanya, dengan paparan sel dalaman definisi tinggi 4.7 inci, Huawei Ascend P6 adalah telefon pintar yang tampil dengan pelbagai kelebihan. 




“Meskipun kami sedang membina asas bagi jenama Huawei di Malaysia, kami tetap berbesar hati melihat sambutan positif terhadap produk kami oleh pengguna di sini. 

“Pelancaran telefon pintar kebanggaan terbaru kami ini disifatkan sebagai tepat pada masanya dan ia melambangkan komitmen kami terhadap usaha mengembangkan jenama dan menambah penguasaan pasaran kami di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. 

Telefon pintar itu kini boleh didapati di seluruh negara menerusi pengedar yang sah dan harga jualannya adalah RM1,399. Ia didatangkan dalam pilihan warna hitam dan putih. 

Antara ciri lain yang terdapat pada telefon pintar berkenaan termasuklah kamera hadapan lima mega piksel serta beroperasi dari sistem Android Jelly Bean 4.2.2. 

Teknologi jimat kuasa 

Selain itu, paparan antara muka Emotion turut dilengkapi dengan ciri QPC dan ADRX yang membolehkan teknologi penjimatan kuasa dan penggunaan optimum bateri untuk meningkatkan prestasi lebih 30 peratus berbanding telefon pintar dengan saiz yang sama. 

Dari aspek pengalaman fotografi pula, telefon pintar itu dilengkapi dengan ciri pengecaman muka dan pengguna boleh mengambil gambar dalam ciri panorama. 

Huawei Ascend P6 membolehkan pengguna menikmati keupayaan pandangan makro dari jarak empat sentimeter daripada kamera belakang lapan mega piksel. 

Malah jurugambar amatur akan berasa seperti profesional dengan perisian IMAGESmart yang menyediakan fungsi kontras dan warna tambahan. 

Pengguna telefon pintar berkenaan juga boleh memuat naik dan memuat turun program dengan kepantasan HSPA+ DL: kategori 14, 21 Mbit/s, UL: kategori 6, 5.76 Mbit/s, 3G WCDMA Radio Bearer UL/DL: 384 kbit/s.

Nokia Lumia 520 Adalah Raja Windows Phone!



Telefon pintar dengan harga mahal tidak semestinya menjadi telefon popular. Faktanya, telefon yang dikeluarkan untuk kelas menengah pun mampu mendapat pasaran. Hal inilah yang terjadi kepada telefon Nokia Lumia 520. 


Data daripada Windows Phone AdDuplex, Lumia 520 kini menjadi telefon Windows paling popular di dunia. Populariti telefon ini turut mengalahkan Lumia 920 dan Lumia 820 yang memiliki spesifikasi telefon lebih tinggi.  Menurut data tersebut, Lumia 520 memiliki peratusan sebanyak 13.3 peratus. Sementara itu di posisi kedua adalah Lumia 920 dengan peningkatan 11.8 peratus dan Lumia 620 sebanyak 9.6 peratus. 




Secara keseluruhan, Nokia juga menjadi Raja di Windows Phone dengan share market mencapai angka 85 peratus. Sementara itu di tempat kedua adalah HTC dan disusuli oleh Samsung. 


Nokia berhasil mencatatkan angka penjualan yang cukup bagus pada suku kedua tahun 2013. Pengeluar telefon berasal dari Finland ini berhasil mencatatkan rekod penjualan telefon pintar Lumia sebanyak 7.4 juta unit. 


Angka penjualan telefon Lumia itu turut mengalami peningkatan dibandingkan suku pertama 2013. Pada suku pertama 2013, Nokia berhasil menjual sebanyak 5.6 juta unit dan kini mengalami peningkatan sebanyak 32 peratus. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stephen Elop mengatakan peningkatan penjualan Lumia adalah hasil daripada populariti yang diperoleh Nokia Lumia 520. 



Elop menyatakan bahawa telefon ini sangat popular di beberapa negara seperti Cina, Perancis, India, Thailand, Amerika, England serta Vietnam. 


Namun peningkatan penjualan telefon pintar tersebut tidak diikuti oleh sektor featurephone. Pada suku ini, Nokia menjual sebanyak 53.7 juta unit featurephone, turun sebanyak 2.1 juta unit berbanding pada suku pertama.

Kelemahan biasa ditemui pada telefon pintar pastinya mengenai ketahanan baterinya. Tambahan pula pada mereka yang kerap menggunakan telefon pintar untuk bersosial.

Lantaran itu kini banyak pengeluar telefon pintar menawarkan telefon pintar terbaru dengan kualiti bateri yang mampu bertahan lebih lama. 
Salah satunya adalah Philips dengan telefon pintar Xenium W8510. Teknologi ini menjanjikan bateri yang mampu bertahan dalam keadaan `standby’ selama 35 hari. 

Selain itu, bateri telefon ini juga mampu bertahan selama 18 jam pemakaian waktu berbual menggunakan 3G serta 14 jam untuk melayari internet memakai jaringan WiFi.

Bateri ini sendiri memiliki kapasiti yang besar, 3300 mAh. Menariknya, telefon pintar ini mempunyai kemampuan pengisian bateri yang cepat. 

Dengan pengisian bateri selama 10 minit, telefon ini mampu bertahan dalam keadaan 'stand by' selama 20 jam atau dua jam masa berbual. Sementara itu pengisian bateri selama 30 minit menghasilkan daya tahan `stand by’ selama hampir 57 jam.


Onkyo WS-TP

Pengeluar elektronik dari Jepun, Onkyo dikhabarkan mula memasarkan produk pembesar suara atau speaker mudah alih terbarunya berbentuk bunga tulip dikenali sebagai Onkyo WS-TP.


Dengan sokongan fungsi Bluetooth dan NFC, speaker ini akan membuatkan pemiliknya memainkan pelbagai muzik kegemaran dari telefon pintar atau tablet secara terus dan mengawal kekuatan bunyi dengan menggunakan telefon pintar atau tablet sebagai kawalan mudah alih.  Selain secara terus, speaker mudah alih ini juga dapat terhubung ke peranti non-wrireless lain. 




Speaker yang mempunyai ukuran 258x331x256 milimeter dan berat 4.3 kilogram ini tersembunyi di balik balutan bahan luaran cantik berwarna terang, Strawberry Red. 

Bahkan berkat sokongan dua speaker 25W plus subwoofer 50W di dalamnya, speaker mudah alih terbaru ini menghadirkan kualiti bunyi yang baik dan jelas.

Vertu TI Ferrari

Pengeluar telefon mewah, Vertu baru saja mengeluarkan telefon Android terbaru, yakni Vertu Ti Ferrari. Vertu telah mereka bentuk telefon mewah ini secara unik dengan menggunakan model kereta Ferrari F12berlinetta.  
Dari segi spesifikasi, telefon ini sebenarnya cukup biasa saja dan tidak ubah seperti telefon pintar yang lain. Ia menawarkan skrin sentuh berukuran 3.7 inci dengan resolusi WVGA. 

Selain itu terdapat prosesor dual core Snapdragon 1.7GHz dan memori dalaman sebesar 64GB. Di bahagian sistem operasi pula, ia tidak mempunyai banyak keistimewaan. 

Pihak Vertu hanya menyediakan OS Android ICS 4.0. Di bahagian belakang, terdapat kamera 8MP dan ditambah dengan kamera 1.3MP di depan.

Namun keunggulan utama telefon pintar ini terletak pada rekaannya yang mewah dan dibuat dari bahan berkualiti tinggi. Telefon ini dilengkapi dengan lapisan coating Diamond Like Cabon (DLC), PVD titanium hitam, Ferrari Cavallino Rampante stainless steel, komposit Alutex serta jahitan kulit berwarna merah dan hitam.

Malah Vertu menandatangani kerjasama selama enam tahun dengan Ferrari bagi meningkat dan menjual telefon pintar mewah ini.


GALAXY S4 zoom kombinasi telefon pintar terbaru dengan keupayaan fotografi terkini.
Dilengkapi kamera kompak tercanggih

Samsung Malaysia Electronics melancarkan Samsung GALAXY S4 zoom, kombinasi telefon pintar terbaru keluaran syarikat itu dengan keupayaan fotografi terkini. 
Model terbaru dalam keluarga GALAXY S4 itu merealisasikan misi Samsung untuk menawarkan satu peranti bagi memenuhi keperluan industri telefon pintar dan kamera kompak tercanggih. 

GALAXY S4 zoom menawarkan fungsi hampir sama yang terdapat pada model Samsung S4, tetapi diperkasakan dan digabungkan dengan Optical Zoom 10X, Sensor CMOS 16 megapiksel, penstabil imej optik (OIS) dan Xenon Flash menggunakan teknologi terkini GALAXY S4.

Harga jualan bagi model baru yang akan menjengah pasaran minggu ini, RM1,699 seunit dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Penuhi keperluan pengguna

Pengurus Pemasaran Produk Bahagian Telefon Mudah Alih Samsung Malaysia Electronics, Victor Ng, berkata pengenalan model S4 zoom meningkatkan keupayaan produk keluaran syarikat dalam memenuhi keperluan pengguna. 
“Selain boleh digunakan untuk membuat panggilan biasa, melayari Internet, menghantar pesanan dan aktif dalam laman sosial sama seperti model GALAXY S4, model zoom membolehkan pengguna merakam imej seperti jurugambar profesional,” katanya pada sesi pengenalan model itu di Kuala Lumpur, semalam.

GALAXY S4 zoom menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2, ditawarkan dengan rekaan menarik dan lebih menonjol khususnya pada bahagian belakang.

Bersandarkan keupayaan sistem operasi, ia dapat meningkatkan kebanyakan fungsi S4 sebelum ini termasuk fungsi Touchwiz yang membolehkan beberapa pengubahsuaian dalam pelbagai aspek termasuk paparan statik dan notifikasi bagi menyediakan pengalaman menakjubkan kepada pengguna.

Menggunakan prosesor 1.5GHz Dual-Core dengan memori dalaman lapan gigabait (GB), model ini turut menawarkan fungsi tambahan lain antaranya Samsung Link, Samsung ChatON, S Voice, S Translator, Share Music (MP3) dan Trip Advisor.

Galaxy S4 Purple Mirage

Telefon pintar Samsung Galaxy S4 dari Korea Selatan dikhabarkan baru saja mengeluarkan warna baru khusus iaitu dinamakan “purple mirage” untuk pertama kalinya. 
Taiwan termasuk salah satu negara di kawasan Asia yang paling beruntung mendapatkan warna khas terbaru Samsung Galaxy S4 ini. 


Dengan sentuhan warna khusus ungu yang terlihat cantik secara keseluruhan, membuat peranti yang dikenal sebagai Samsung Galaxy S4 Purple Mirage ini tampak begitu menarik bagi siapapun yang melihatnya.

Namun berbeza dengan Samsung Galaxy S4 pada umumnya yang mendukung konektiviti LTE, Samsung Galaxy S4 Purple Mirage ini pula tidak dibekal dengan fungsi ini.
Sementara itu, mengenai ketersediaan di negara lain pula masih belum diketahui mengenai maklumat tepatnya.

Ads