Selepas G-Dragon, seorang lagi anggota kumpulan Big Bang, Taeyang bakal kembali dengan album solo keduanya September ini.
Menurut laman sesawang Kpop Starz, Yang Hyun-suk, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, syarikat naungan penyanyi bersuara R&B itu mengumumkan, "Album solo kedua Taeyang bakal dilancarkan awal September. Maklumat lanjut tentang album tersebut akan kami umumkan kemudian."
Taeyang sebelum ini mengeluarkan album solo pertamanya pada tahun 2010 dan melahirkan lagu-lagu hit seperti "I Need a Girl", "Where U At," dan "Look At Only Me".
Dalam masa yang sama, Yang juga memberitahu bahawa naib johan pertandingan nyanyian SBS, "K-Pop Star" musim kedua, Bang Yedam telah memilih YG Entertainment sebagai syarikat naungannya, seiring dengan johan, duo Akdong Musician.
0 comments:
Post a Comment