Kereta kebal utama kegunaan Malaysia ialah PT 91M Pendekar yang merupakan modifikasi kepada kereta kepada T-72 keluaran Russia. Sebantak 48 kereta kebal ini dibeli negara kita untuk kegunaan Tentera Darat. Negara jiran kita Singapura dan Indonesia pula memilih Leopard 2A4 Revolution bagi keperluan armor mereka. Singapura mempunyai 96 buah manakala Indonesia mempunyai 104 buah.
Leopard 2A4 Revolution ialah Leopard 2A4 yang diberikan penaik tarafan elektronik dan sistem armor. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Tentera Darat Jerman mempunyai lebih dari 2000 Leopard 2A4. Ketika Perang Dingin Jerman dijadikan negara penampan bagi menghalang pencerobohan tentera Soviet ke Eropah Barat.
Pihak NATO risau tentera Soviet yang pada ketika itu mempunyai puluhan ribu kereta kebal boleh menceroboh Eropah Barat dengan mudah. Make Leopard 2A4 dihasilkan secara pukal untuk kegunaan Jerman. Leopard 2A4 Revolution dilengkapi armor seramik komposit pada rudal,sisi , depan dan belakang baru yang mampu menahan serangan misil anti armor sepertiRPG7 dan 9M133 Kornet yang digunakan Soviet. Ini membuatkan berat Revolution bertambah dari 52 ke 61 tan.
Ia masih menggunakan meriam utama Rheinmetall L/44sebesar 120 mm yang dianggap sebagai meriam kereta kebal terbaik dunia. Perbezaan utama Leopard 2A4 yang digunakan oleh Singapura dan Indonesia ialah Singapura menggunakan beberapa teknologi yang dibangunkan republik ini sendiri. Sungguhpun dari segi luaran ianya kelihatan lebih kurang sama, Leopard 2A4 Revolution milik Singapura diberikan nama baru Leopard 2SG.
Laporan asal Wikipedia dan Garuda Militer
0 comments:
Post a Comment