Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j. Sumber




0 comments:

Post a Comment

Ads