Corak belang amat jarang sekali dipakai oleh sesetengah individu terutama di kalangan remaja kita masa kini. Ini kerana corak belang atau jalur ini agak sukar digayakan kerana sebarang kesilapan anda boleh kelihatan semakin besar dari saiz sebenar anda jika pakaian itu coraknya jalur melebar manakala jika corak pakaian itu memanjang ke bawah anda kemungkinan akan kelihatan lebih tinggi atau terlebih tinggi sperti galah.

Walaubagaimana pun corak belang tetap ada daya tarikannya yang tersendiri dan sebenarnya amat menarik dan seronok digayakan sekiranya ada sedikit suntikan elemen ranggi dalam setiap pemakaian anda.

Jadi, di sini kami ingin kongsikan beberapa tip cara pemakaian corak berbelang agar anda di luar sana kelihatan bergaya.

Apa kata anda abaikan mitos horizontal yang dikatakan akan menampakkan anda kelihatan lebih besar. 

Abaikan mitos belang horizontal akan menampakkan anda lebih besar
Anda boleh menggayakan apa jua corak asalkan anda sentiasa berkeyakinan mengenakannya. Harus diingat, fesyen kini semakin hilang peraturan. Jadi cubalah apa sahaja yang anda inginkan. Keyakinan adalah faktor utama untuk anda berfesyen.

Semakin lebar belang, kamu nampak semakin menonjol
Andai anda masih gusar tentang corak belang, cubalah dengan cetakan yang kecil dahulu dan kemudian bimbing gaya dengan mengenakan corak jalur yang semakin lebar selepas itu. Belang dengan cetakan kecil sesuai digayakan untuk ke pejabat dan dipakai bersama seluar pendek atau panjang.

0 comments:

Post a Comment

Ads