Kami yakin anda pernah melihat keadaan sungai di kota Manila yang terkenal dengan lambakan sampah yang menjijikkan. Ini adalah kerana kehadiran rumah setinggan di tebing-tebing sungai. Sampah yang dibuang dari rumah setinggan ini mengakibatkan Sungai Pasig menjadi antara sungai paling tercermar di dunia. Sekitar 1990an kualiti air sungai ini sangatlah teruk sehingga Jabatan Alam Sekitar Filipina mengishtiharkannya tidak lagi mampu menampung kehidupan biologikal. Sungguhpun begitu penduduk setinggan diatas Sungai Pasig masih mandi manda dan meminum air dari sungai yang maha tercemar ini.

Pada tahun 1999 projek pemulihan Sungai Pasig dimulakan. Projek bernilai USD200 (RM 600 Juta) yang akan dijalankan beransur-ansur dalam tempoh 15 tahun.Sepanjang tempoh itu 750 000 orang penduduk setinggan dipindahkan ke penempatan baru yang dibina kerajaan. Sungai Pasig dibersihkan dan didalamkan bagi memudahkannya mengalir. Selain itu oksigen juga dipam kedalam air bagi membenarkan ia menampung kehidupan biologikal. Hasilnya ialah Sungai Pasig kini kelihatan cantik dan bersih.






0 comments:

Post a Comment

Ads