5 gaya rambut untuk tampil bergaya



Fesyen bagi si jejaka amat terhad dengan pengayaan busana semata-mata maka mereka harus mencari alternatif lain untuk tampil berbeza dalam pada masa yang sama tetap bergaya mengikut trend terkini.

Maka, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh si jejaka untuk menyerlahkan lagi imej dan personality diri. Pengayaaan rambut juga jugamenjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman sebagai contoh gaya pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya Afro yang sememangnya terkenal dengan keunikannya.

Bagi jejaka di luar sana, mari kita lihat 5 gaya rambut untuk anda cuba dan tampil dengan penuh bergaya.
1. Spiky atau Pacak
Lebih dikenali sebagai gaya rambut pacak seperti gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk. Ia amat mudah digayakan dan buat anda kelihatan lebih ranggi dan bertenaga.
2. Sleek
Satu gaya yang amat kemas. Para peragawan sentiasa tampil dengan gaya begini. Sememangnya gaya rambut yang klasik.

3. Brit Rock
Bagi si jejaka yang berimej indie lebih terserlah dengan gaya rambut ini yang sememangnya ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe dan berikan sedikit suntikan gaya messy.
4. Pompadour atau Quiff
Terkenal dengan gaya jambul di hadapan memberikan gaya yang lebih yakin, retro, stylo dan menampakkan anda lebih bercitarasa tinggi. Perlu di ingat jambul itu jangan terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kelihatan pelik.
5. Beralun semulajadi
Gaya ini sememangnya membuatkan anda lebih bersahaja dan penuh daya tarikan kerana rambut yang dibiarkan panjang dan tidak terlalu mengerbang sememangnya amat popular. Biarkan rambut anda beralun di tiup angin dan berjalanlah dengan penuh bergaya!

0 comments:

Post a Comment

Ads