Pengeluar cip prosesor dari Taiwan, MediaTek, bakal meluncurkan prosesor octa core pada penghujung tahun ini. Dalam satu laporan, prosesor octa core MT6592 tersebut bakal memiliki kelajuan hingga 2GHz.
Menyusul kebocoran maklumat tersebut, terdapat satu lagi laporan menyatakan bahawa prosesor octa core ini mampu mengalahkan Snapdragon 800. Selain itu, prosesor ini pula memiliki tahap tenaga yang lebih baik berbanding prosesor dengan fungsi arsitektur big.LITTLE seperti Exynos 5.
Telefon pintar yang menggunakan prosesor octa core ini juga bakal hadir pada akhir tahun 2013 atau sekitar awal 2014.
0 comments:
Post a Comment