Seluar jeans atau denim sememangnya menjadi pilihan waktu santai mahupun keluar bersama rakan-rakan. Selalunya, kita pasti mempunyai satu jeans kesayangan yang selesa untuk dipakai dan bersesuaian dengan bentuk badan. Jadi, sebelum membeli seluar jeans, jom kita tinjau seluar jeans manakah yang sesuai dengan bentuk fizikal anda.

Punggung lebar
Bagi anda yang mempunyai bentuk punggung yang lebar, pakailah seluar jeans berwarna gelap dan sedikit kembang untuk menampakkan keseimbangan. Carilah seluar yang boleh meregang serta elakkan potongan bentuk 'skinny', berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar kerana ia akan menampakkan lagi bentuk pinggul anda. Selain itu, jangan memakai jeans yang berpoket kecil kerana bahagian tersebut akan nampak lebih lebar.

Berkaki pendek
Elakkan memakai seluar jeans yang terlalu longgar atau jenis 'baggy'. Seluar jeans yang longgar akan membuatkan pinggang seluar anda jatuh dan kaki akan kelihatan bertambah pendek. Carilah seluar jeans berpotongan lurus dan panjangnya harus melebihi buku lali Hindarkan dari memasukkan baju ke dalam seluar.

Berisi
Pilih jeans yang lebih besar dari saiz badan anda dan perbetulkan pinggangnya mengikut ukuran pinggang yang betul. Hasilnya, seluar jeans akan kelihatan cantik di tubuh anda. Jangan sesekali membeli jeans potongan 'low-cut' atau 'skinny' kerana ia tidak sesuai dengan fizikal seperti ini.

Terlalu kurus
Seluar jean potongan lurus dan ketat di bahagian belakang sangat sesuai bagi mereka yang terlalu kurus. 'Skinny' warna terang sangat sesuai untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul.

0 comments:

Post a Comment

Ads