Kadangkala, kita sering ke pejabat dengan memakai pakaian yang sama dengan warna yang tidak menyerlah. Jika anda ingin kelihatan bergaya dan dikagumi oleh rakan sepejabat, apa yang boleh anda lakukan ialah memakai pakaian berwarna terang di tempat kerja. 

Di pejabat, warna yang dipakai oleh seseorang akan memberi impak dalam tugasan kerja pada hari tersebut dan menampilkan personaliti anda sebagai seorang yang bekerjaya. Mari kita tengok padanan apakah yang sesuai dengan anda untuk memberikan suntikan kemeriahan pada baju yang dipakai.

- Peplum sangat sesuai dipakai semasa kerja kerana potongannya yang terletak elok dan menjadikan anda kelihatan lebih feminin. Ramai wanita memilih untuk menggayakan peplum dengan warna yang suram dan tidak ceria. Namun jika anda mahu tampil berkarier, pakailah dengan warna terang dan padankan dengan kasut dan beg berwarna hitam atau putih kerana peplum sudah memberikan sentuhan warna kepada anda.

- Ramai yang gemar menggayakan seluar bercorak pada musim ini. Samaada anda percaya atau tidak, ia juga sesuai dipakai di pejabat. Jika anda memilih seluar bercorak tropika, padankannya dengan blaus putih. Jangan lupa memakainya dengan aksesori berwarna kelabu atau hitam.

- Kalau anda tidak mahu seluar bercorak, apa kata cuba skirt bercorak. Skirt bercorak membuatkan anda kelihatan begitu provoaktif di tempat kerja. Pakailah blaus yang tidak terlalu mengikut bentuk tubuh dan elakkan memakai kasut tumit tinggi. Kasut flat sudah cukup untuk membuatkan anda bergaya di tempat kerja.

- Jika anda memang seorang yang sukakan warna terang, pakailah trend 'colour block'. Warna seperti 'tangerine' dan 'fuschia' pastinya memberikan hasil yang begitu memukau. Baju yang dipakai juga mestilah bersesuaian dan elakkan warna yang terlalu menyerlah seperti merah.

0 comments:

Post a Comment

Ads