Trend Fesyen Memakai Topi Besbol!




Fesyen topi besbol kembali lagi! Trend ini telah dikesan sejak musim panas tahun lalu dan kemudiannya beberapa selebriti serta penulis blog dilihat memakai topi besbol ini sepanjang minggu fesyen. 

Asalnya, topi ini direka untuk pemain besbol namun dengan tidak semena-mena gaya topi ini telah menjadi satu trend dengan pelbagai jenis corak dan pilihan. Dari topi biasa kepada topi yang bermotif bunga, topi besbol kini sedang mengalami perubahan dan direka semula agar lebih sesuai untuk orang ramai mengayakannya.

Mari lihat cara topi besbol ini dipadankan untuk kelihatan lebih bergaya:

Bercorak


Untuk memakai topi bercorak, pakaian yang dipakai mestilah kosong dan bukannya bercorak agar tidak kelihatan terlalu menonjol. Walaubagaimanapun, anda boleh mebuat gaya 'mix-and match' namun pastikan gaya tersebut tidak melampau.

Biasa/Tidak bercorak



Sangat mudah jika anda memilih untuk menggayakan topi tidak bercorak kerana ia merupakan gaya asas yang versatil. Walaupun anda memakai baju bercorak ataupun tidak bercorak, topi besbol ini mampu membuat penampilan anda lebih stail.

'Studded'



Walaupun trend topi 'studded' kurang menyengat seperti topi corak lain, masih ramai yang memakainya dan topi ini mampu memberikan penampilan yang berbeza kepada anda. Hanya orang yang berani berfesyen sahaja yang mampu mekai topi 'studded' ini.

Topi Permata



Tidak seperti topi ‘studded’, topi yang dihiasi dengan permata ini telah menjadi kegemaran ramai memandangkan barangan permata kini merupakan trend semasa.

Kulit



Topi jenis kulit lebih mebuatkan anda kelihatan lebih bergaya dalam apa jua pakaian.

0 comments:

Post a Comment

Ads