Fesyen Seluar Potongan Tirus Untuk Lelaki




Fesyen denim potongan tirus atau 'skinny' kini semakin popular bukan sahaja dalam kalangan perempuan malah turut digemari oleh kaum lelaki. Sebenarnya, fesyen seluar 'skinny' ini sudah bermula sejak 1980-an lagi dan kembali menjadi trend sejak 2006 sehinggalah sekarang.

Seluar potongan lurus dan kecil di bahagian bawah ini menampakkan bentuk bentuk kaki pemakai kelihatan kurus dan cantik.

Perkembangan trend ini memberi idea kepada seluar khaki Dockers mencetus fenomena 'skinny' baru dengan potongan terkini untuk menyerlahkan lagi gaya jejaka. Ia datang dari pelbagai warna dan sangat selesa. Seluar ini juga boleh disesuaikan dengan pelbagai acara formal mahupun tidak formal.

Dockers menerusi koleksi Alpha, SF dan K-1 cuba menampilkan personaliti pemakai yang semakin bijak untuk menggayakan pakaian mereka. 

Rekaan Alpha dihasilkan mengikut potongan baru iaitu skinny tirus, sederhana tirus dan langsing tirus. Potongan yang dihasilkan ini tidak terlalu melekap pada kaki dan anda akan berasa selesa walaupun memakainya sepanjang hari.

Selain itu, koleksi SF dihasilkan dengan begitu terperinci, penuh kehalusan serta jahitan yang unik dan kemas. Kedua-dua koleksi ini datang dari pelbagai warna antaranya klasik biru, kelabu, hijau, ungu dan merah jambu bertepatan dengan citarasa remaja.

K-1 pula menerapkan gaya kehidupan jejaka di pesisiran laut San Francissco yang kaya dengan budaya serta persekitran yang tenang, harmoni dan penuh kasih sayang.

Dockers juga menghasilkan aksesori seperti kasut, jaket, kardigan, kemeja-T, beg, topi dan pelbagai rekaan tali pinggang yang boleh dipadankan untuk ke pejabat, bersantai dan kasual. Penggunaan kanvas dalam aksesori tersebut boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik.

0 comments:

Post a Comment

Ads