Trend Kini Cuba Hidupkan Kembali Gaya Retro




Dunia fesyen kini semakin segar dengan trend retro. Trend retro tersebut telah diolah dan diberi suntikan moden agar pemakai dapat merasai sendiri pengalaman berfesyen. Mari kita lihat fesyen popular zaman dahulu yang kini dimodenkan sehingga menjadi trend.

Skirt pensil



Skirt pensil ini diperkenalkan oleh Christian Dior pada zaman 40 an dan mula popular sekitar tahun 50 an. Trend ini kembali semula pada tahun lepas.

Peplum



Peplum merupakan fesyen paling popular pada abad ini dengan pelbagai rekaan dan corak yang menarik. Rekaan ini telah bermula pada zaman 40 an dan menjadi trend sekitar 80 an. Kemudian, trend ini telah disuntik dengan elemen moden sehingga menjadi kegilaan wanita hari ini.

Cermin mata



Cermin mata 'hippie' John Lennon dan cermin mata 'cat-eye' yang pernah dipakai oleh Marilyn Monroe, Audrey Hepburn dan Elizabeth Taylor kembali menjadi trend pada tahun ini.

Jeans potongan tinggi



Jeans potongan tinggi atau 'high waisted jeans' mula diperkenalkan pada tahun 40 an oleh jenama Levis. Bermula tahun lepas, seluar jeans berpinggang tinggi ini semakin digilai oleh para remaja.

Skirt maxi kembang



Skirt kembang merupakan fesyen yang paling lama dalam sejarah. Skirt maxi ini merupakan trend yang tidak pernah pudar kerana ia sering diubahsuai dan direka dengan potongan dan corak terkini.

0 comments:

Post a Comment

Ads