'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Begitulah nampaknya nasib pelakon berbadan sasa, Salman Khan apabila dia dituduh melakukan serangan terhadap sepasang anak-beranak baru-baru ini.
Menurut laman sesawang Bollywood Life, pelakon "Dabangg" tersebut, yang sedang berdepan dengan kes langgar lari, dan mendapati permohonan visanya di United Kingdom ditolak baru-baru ini, telah dituduh menyerang seorang wanita dan anak perempuannya di kereta dan rumah mereka.
Dua wanita tersebut, Jasmeet dan Amrita Sethi bukan sahaja menuduh Salman melakukan tindakan tersebut ke atas mereka, malah menimbulkan kekecohan di depan rumah Salman di Bandra agar mendapat liputan dari wartawan.
Dua beranak itu juga mengatakan bahawa mereka telah pun melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis di Mumbai tetapi tidak diberi layanan yang sepatutnya. Jelas Jasmeet lagi, pihak polis malah telah bersikap biadap terhadap mereka ketika berada di balai.
Salman masih belum memberikan respons terhadap tuduhan tersebut.
0 comments:
Post a Comment