Pada zaman serba moden ini, dunia fesyen bukan lagi hanya untuk wanita. Ini kerana golongan lelaki juga sudah pandai berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen.

Namun jika kalau tidak kena gayanya, takut pula kelihatan 'overdressed' atau pun pelik. Tapi jangan risau kerana jika anda lelaki di luar sana ingin tampak tampan dan segak, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang anda boleh cuba.


Ringkas tetapi bergaya
Bila bercakap tentang fesyen dan gaya, tak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tips mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna. Dan pilihlah pakaian yang mengikut badan.

Peka pada fesyen dan pakaian anda
Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa. Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.

Jangan beli kerana jenama
Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi menarik berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.

Jangan malu minta pendapat orang
Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tips menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.

Jangan terikat pada trend
Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali-sekala 'mix and match' pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!

Pastikan wajah bersih dan kemas
Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodoran. Bercukur bagi wajah anda terutamanya nampak terurus.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk tampak bergaya dan segak. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Ads