Menurut
tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di
dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih
dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan
pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang.
Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir
di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai
waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa
tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya.
Selain
daripada kerja di situ, Xiao Ping juga dikatakan bekerja di sebuah
kelab malam. Jadi segalanya bermula dari situ apabila teman lelakinya
tahu yang dia juga bekerja di kelab malam. Teman lelaki ini terus
mensyaki yang Xiao Ping curang dengan dia setiap kali ada orang
menelefonnya. Disebabkan terlampau cemburu dan tak tahan dengan
kehidupan Xiao Ping, dia mengurung Xiao Ping dalam rumah untuk
menderanya menggunakan tali pinggang, kayu serta ashtray. Dia juga
menggunakan pisau serta beberapa senjata tajam untuk mencederakannnya.
Selepas
itu, Xiao Ping akan dipaksa mandi dalam tub air panas. Kemudian, teman
lelaki ini memaksa Xiao Ping memberi nombor akaun dan password. Teman
lelaki ini berjaya mengeluarkan semua duit Xiao Ping tetapi selepas itu
dia tetap menderanya. Akhirnya Xiao Ping berjaya melepaskan diri semasa
lelaki tersebut keluar bermain kad dengan rakannya. Xiao Ping berjaya
menghubungi rakannya di kawasan tersebut yang kemudian membawanya ke
balai polis. Polis terkejut melihat kecederaan pada tubuh Xiao Ping.
Polis berjaya menahan lelaki tersebut di flat tersebut. Kalau anda
polis, mungkin anda juga terkejut selepas tengok gambar di bawah ini.







0 comments:
Post a Comment