Penyanyi Black Eyed Peas, Fergie dan suami, aktor Josh Duhamel kini sudah bergelar sebagai ibu bapa! Pasangan ini baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki pada Khamis (29 Ogos) di Los Angeles.

Menurut jurucakap pasangan ini seperti dipetik dari Us Weekly, bayi lelaki seberat 3.37 kilogram ini diberi nama Axl Jack Duhamel kerana Fergie merupakan seorang peminat kumpulan Guns 'N Roses yang diketuai oleh Axl Rose.

Pasangan yang telah berkahwin sejak 2009 ini sememangnya teruja dengan kehadiran cahaya mata pertama terutama sekali aktor filem francais "Transformers".

Dalam satu temubual di "The Tonight Show" bersama Jay Leno, Duhamel, 40, memberitahu pada mulanya dia tidak bersedia dengan perubahan yang bakal berlaku dalam hidupnya.

"Saya akui, saya agak gementar. Saya rasakan saya akan jadi baik dan bersedia untuk ini. Namun hakikatnya saya agak takut. Saya teruja dan takut kerana saya bertanggungjawab terhadap ini. Selama-lamanya.

"Walaubagaimanapun saya teruja untuk bertemunya. Saya tidak sabar," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Ads