Aktor siri filem "The Hunger Games", Liam Hemsworth telah dipaksa oleh rakan-rakannya agar menjauhkan diri daripada tunangnya, penyanyi Miley Cyrus.
Perkara ini berlaku berikutan persembahan Cyrus yang agak mengghairahkan dengan penyanyi Robin Thicke ketika berduet dalam lagu "Blurred Lines" di Anugerah Muzik Video MTV baru-baru ini.
Dipetik dari Daily Mail, rakan-rakan Hemsworth merasakan tindakan Cyrus akan memalukan aktor berasal dari Australia itu dimana ketika ini kariernya sedang meningkat naik di Amerika Syarikat serta boleh memberi kesan negatif.
Seorang rakan yang enggan dikenali memberitahu Radar Online, "Liam sangat mengambil berat tentang Miley, tetapi cara dan penampilan barunya tidak digemari sama sekali.
"Mereka yang menguruskan karier Liam turut menggesanya agar meninggalkan Miley kerana ia akan mencalarkan reputasinya," ujarnya.
Hemsworth, 23, dan Cyrus, 20, telah bersama sejak bertemu di set penggambaran filem "The Last Song" tiga tahun lalu.
Ini bukanlah kali pertama hubungan pasangan ini dilanda masalah.
Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Hemsworth telah curang dengan aktres siri "Mad Men", January Jones sekitar Februari lalu dan mereka berdua sudah putus tunang.
Walaubagaimanapun Cyrus beberapa kali menegaskan mereka akan tetap berkahwin ketika ditanya tentang status hubungan mereka.
0 comments:
Post a Comment