Membeli belah atau dalam kata lainnya, ‘shopping’ sememangnya sinonim dengan golongan wanita di luar sana, dan golongan lelaki juga tidak terkecuali. Tetapi, sikap yang tidak berhati-hati dan bijak akan merugikan anda.

Sebagai langkah menghindari amalan boros, kami ingin berkongsi beberapa tip untuk rujukan anda jika mahu membeli-belah. 

Beli apa yang perlu 
Jangan sesekali anda membeli benda yang tidak perlu. Tanya diri anda sendiri sama ada anda benar-benar perlukannya ataupun tidak. Sekiranya anda berasa tidak memerlukannya, adalah lebih baik anda menyimpan wang yang ada untuk kegunaan lain.

Mengajak rakan yang boros 
Apabila anda mahu keluar membeli-belah, jangan sesekali anda mengajak rakan yang bersikap boros kerana mereka ini akan mempengaruhi anda untuk membeli sesuatu yang sebenarnya anda tidak perlu.

Buat senarai barang yang mahu dibeli 
Sebelum membeli-belah, apa kata anda buat dahulu senarai barang-barang yang anda perlukan. Ia dapat membantu anda ketika membeli-belah supaya dan mengelakkan pembaziran.

0 comments:

Post a Comment

Ads