Kini semakin ramai yang kembali menggayakan rekaan pakaian retro iaitu rekaan pakaian dari era 60-an, 70-an, 80-an dan era 90-an yang kini menjadi trend terutamanya di kalangan remaja.

Kepada yang berminat untuk mencuba pakaian ala-ala retro ini, di sini kami paparkan antara contoh fesyen pakaian dari era 60-an hingga 90-an.

60-an: Kebanyakan wanita pada era ini memakai gaun paras lutut dengan potongan berbentuk 'A'. Ada juga yang memakai seluar pendek 'hotpants'. Gaya rambut untuk lelaki pula pada era 60-an ini tidak mempunyai gaya tersendiri, tetapi ramai remaja terpengaruh dengan fesyen rambut kumpulan "The Beatles". Manakala fesyen rambut untuk golongan wanita pada era ini adalah gaya rambut pendek 'bob' atau rambut diikat tocang 'ponytail'.
70-an: Pada akhir 60-an, fesyen 'Hippies' mula popular di kalangan golongan remaja dimana mereka memakai pakaian yang longgar dan berwarna-warni. Ketika era 70-an inilah telah lahirnya 'rockstar' seperti Led Zeppelin, Janis Joplin dan Jimi Hendrix yang menjadi ikutan ramai sehingga kini.
80-an: Ketika era 80-an, gaya rambut kembang 'perm hair' telah menjadi ikutan ramai. Bukan sahaja golongan remaja, tetapi golongan dewasa atau profesional turut menggayakan rambut kembang ini. Fesyen kemeja singkat dengan seluar bercorak 'acid-wash', legging dan 'dancewear' menjadi popular ketika era 80-an. Ketika era ini menyaksikan aliran muzik pop, dance, R&B dan disko telah bertukar menjadi digital.
90-an: Ketika memasuki era 90-an fesyen 'grunge' amat digilai apabila fesyen ini digayakan oleh kumpulan rock terkenal Nirvana. Dengan memakai seluar jeans jenis potongan 'skinny' dan berkemeja serta digayakan dengan kasut Converse. Fesyen 'grunge' ini masih menjadi ikutan remaja sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Ads