Golongan lelaki zaman kini lebih gemar memakai seluar pendek, terutamanya bagi mereka yang sukakan gaya ringkas tetapi stail. Jika dahulu memakai seluar pendek dipandang sinis, kini ia mula digemari para jejaka dek cuaca panas di negara kita.
Menerusi kaca televisyen, kita boleh saksikan bahawa fesyen ini semakin mendapat perhatian, baik dari kawasan bandar mahupun di atas pentas peragaan. Gaya yang minimal merupakan sebab utama popularity fesyen berseluar pendek.
Seluar pendek sangat sesuai digayakan untuk stail ala jalanan ataupun lebih dikenali sebagai ‘konsep high street’. Kepuasan gaya dengan potongan pelbagai kini menjadi pilihan apabila ia dipasak dengan karakter yang lebih klasik. Dengan pilihan daripada fabrik dan material berbeza, ia membuatkan sesiapa sahaja akan selesa menggayakannya.
Jejaka kini lebih berani dalam memilih warna-warna terang seperti merah, kuning atau pun warna jingga untuk seluar khaki potongan chinos atau seluar pendek paras lutut yang digayakan dengan kasut.
Selain itu, pemilihan corak juga memainkan peranan penting agar ia sesuai digunakan sepanjang hari. Jejaka tidak disarankan memakai seluar yang sarat dengan corak, melainkan ianya seluar bermuda.
Seluar pendek turut mendapat perhatian kerana potongannya yang dilihat ringkas. Potongan daripada jenis dressier, slim cut, dan slack dipotong sekitar lutut untuk kelihatan formal. Namun kini, ada yang membuat satuan bersama legging sehingga ia menjadi trend.
Yang paling penting adalah memilih seluar pendek mengikut saiz tubuh badan anda. Jika tubuh anda sedikit gempal, elakkan penggunaan seluar pendek dari rona terang kerana ia akan menampakkan anda lebih besar daripada saiz asal.
0 comments:
Post a Comment