Rambut adalah mahkota bagi kaum hawa. Jadi tidak hairanlah jika ramai wanita lebih gemar menghabiskan masa dan wang untuk ke salun bagi mendapatkan rambut yang sihat dan menarik.
Jika dahulu ramai wanita lebih gemarkan fesyen rambut panjang dari berambut pendek. Namun kini fesyen rambut pendek semakin diminati oleh golongan wanita aktif kerana ia mudah dijaga dan ringkas serta tampak lebih segar dalam berfesyen.
Dengan fesyen rambut pendek, anda juga masih boleh tampil dengan gaya feminin dengan mengenakan perhiasan aksesori-aksesori yang sesuai. Contohnya, seperti klip rambut, scarf, headband dan banyak lagi aksesori yang boleh digayakan.
Jadi, jangan jadikan fesyen rambut pendek ini sebagai penghalang untuk anda berfesyen dan tampil lebih bergaya serta lebih berkeyakinan.
Fesyen rambut pendek ini bukan sahaja mudah diurus, malah ia turut dapat menjimatkan wang anda untuk membeli set penjagaan rambut yang tidak akan memakan kos yang tinggi.
Oleh itu, golongan wanita kini harus bijak dan berkeyakinan dalam mencuba jenis fesyen rambut untuk digayakan, dan yang paling penting hendaklah sesuai dengan bentuk wajah anda agar tampak cantik dan menawan.
0 comments:
Post a Comment