Baru-baru ini, pelantun lagu "Crazy In Love", Beyonce Knowles dikecam kerana memiliki sepasang kasut sukan berjenama Perfectly Made Kicks (PMK) yang diperbuat dari kulit ular anakonda, ikan pari dan buaya. 

Kini suaminya, Jay-Z pula mencetuskan kontroversi apabila beliau memperkenalkan kasut berjenama sama yang menggunakan kulit gajah. Kasut yang disesuaikan mengikut versi Nike Air Jordan itu bernilai sebanyak AS $2,500 (RM7,750.43) sepasang. 

Apa yang mengejutkan adalah walaupun kulit gajah atau apa-apa sahaja jenis haiwan jarang digunakan untuk membuat barangan seperti pakaian dan kasut, perdagangan kulit tersebut sebenarnya adalah sah di sisi undang-undang sekiranya mengikut syarat-syarat tertentu yang tertera dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES). 


Malah barangan seperti tali pinggang, kasut but dan sarung pistol juga boleh didapati di laman jualan talian seperti eBay. 

Ini bukan kali pertama pasangan tersebut dituduh melakukan kekejaman terhadap binatang terancam. Terdahulu, mereka pernah mengeluarkan kasut yang diperbuat dari kulit haiwan eksotik seperti burung unta, ular sawa, ular boa, dan biawak. 

Pasangan suami isteri ini yang pernah mengenakan kot bulu asli ke Majlis Perasmian Presiden Barack Obama turut dikritik teruk oleh pengasas PETA, Ingrid Newkirk yang mengatakan perbuatan mereka sebagai kejam dan tidak menghormati hidupan lain. 

0 comments:

Post a Comment

Ads