Jenama kelahiran tempatan, XALF Design yang menghasilkan kasut dan aksesori tempahan khas secara dalam talian telah memperkenalkan koleksi Xpression yang diinspirasikan daripada watak dalam siri televisyen dan filem popular "Sex And The City", Carrie Bradshaw. 

Menurut peneraju XALF, Xavier Mah yang juga merupakan konsultan perhubungan awam popular, memberitahu inspirasi ini terhasil selepas berkunjung ke New York tahun lalu. 

"Saya sangat bertuah kerana berpeluang ke New York tahun lalu dan amat terpengaruh dengan sentuhan bohemian dan metropolitan yang diaplikasikan kepada kraftangan tradisional mereka. 

"Tidak keterlaluan juga saya katakan Sarah Jessica Parker (memegang watak Carrie Bradshaw) dan juga wanita-wanita "Sex And The City" yang 'bertanggungjawab' terhadap obsesi ini sekaligus membuatkannya tampak lebih glamor." 

Rekaan Fabius menyaksikan kasut tinggi dengan hiasan renda berwarna hitam.


Rekaan Tivolib pula adalah kasut platform tinggi unik dengan stud berwarna emas.

XALF Design yang menyaksikan gandingan antara Xavier dan pereka Alfred Hor menghasilkan kasut rekaan peep-toe, tumit tinggi bertali dan platform tinggi unik yang boleh diubahsuai dan ditambah aksesori pada permukaan tumit mengikut citarasa pelanggan. 

"Setiap rekaan Xpression adalah direka dan dihias khas mengikut selera dan keinginan pelanggan. Perkhidmatan ini akan memastikan anda menikmati hasil pembuatan tangan vintaj dengan rekaan kulit anak lembu asli serta keselesaan sempurna untuk kaki anda," jelas Xavier lagi ketika majlis pelancaran memperkenalkan jenama tersebut di Bentley Gallery, Pavilion KL baru-baru ini. 

Koleksi XALF Design diinspirasikan daripada watak Carrie Bradshaw
dalam "Sex And The City" yang dilakonkan oleh Sarah Jessica Parker.

Acara tersebut turut dihadiri selebriti popular seperti Datuk Yasmin Yusuff, Mizz Nina, Dynas Mokhtar, Thanuja Anathan, Debbie Goh, Cassandra Patrick dan ramai lagi. 

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kasut tempahan khas XALF Design, layari laman sesawang mereka di www.xalfdesign.com atau hubungi mereka di talian 03-2298 7203 untuk membuat temujanji. 

Xavier Mah (kiri) bersama Alfred Hor bekerjasama
dalam menghasilkan XALF Design.

0 comments:

Post a Comment

Ads