Mula dipopularkan oleh Farah Fawcett pada era 70an, fesyen seluar kembang atau lebih dikenali sebagai 'bell-bottoms' menjadi ikutan ramai sehingga ianya digantikan dengan seluar jeans ketat pada beberapa tahun yang lalu.

Kini, fesyen seluar kembang nampaknya kembali popular apabila selebriti terkenal seperti Victoria Beckham, Jessica Alba, Carmen Electa, Katie Holmes dan Kim Kardashian dilihat menggayakan seluar tersebut ketika keluar baru-baru ini.

Tidak ketinggalan dari mengikuti fesyen ini juga adalah Kate Moss yang pada sebelum ini gemar memakai seluar jeans ketat.

"Sekiranya diberi potongan yang betul, seluar kembang boleh memberikan bentuk badan yang lebih cantik kepada wanita, lebih-lebih lagi jika ia dipadankan dengan sepasang kasut tumit tinggi yang membuatkan kaki nampak lebih panjang," ujar seorang jurucakap bagi jenama Debenhams.

Gaya sedemikian turut diperlihatkan oleh para model di beberapa buah pertunjukan fesyen pakaian rekaan Betsey Johnson, Alice + Olivia dan Anna Sui.

0 comments:

Post a Comment

Ads