Nampaknya teman wanita kepada penyanyi rap Kanye West ini mempunyai 'rekod buruk' apabila dia dikatakan pernah meniru rekaan milik pereka barang kemas terkenal, Alexis Bittar, untuk rangkaian jenamanya sendiri.
Kini nama Kim Kardashian 'ditakuti' oleh pereka fesyen terkenal lain yang enggan meminjamkan pakaian mereka kepadanya untuk digunakan dalam sesi penggambaran majalah Elle isu Mac 2013.
Perkara ini turut disahkan oleh penggaya fesyen Lady Gaga, Nicola Formichetti yang bertanggungjawab menggayakan bintang televisyen realiti untuk sesi penggambaran tersebut.
"Mereka enggan pinjamkan pakaian! Namun itulah keangkuhan dalam dunia fesyen," jelas Formichetti yang mengganggap tugasnya kali ini agak mencabar.
Walaupun terpaksa menempuh beberapa 'halangan', Kardashian, 32, teruja dapat bekerjasama dengan penggaya fesyen terkenal itu dan menganggap ia sebagai mimpi menjadi kenyataan.
Kardashian yang kini sedang hamil anak pertama tampil menawan ala tahun 1960-an dengan solekan dramatik di bahagian mata serta bibir dicalit gincu rona pucat.
0 comments:
Post a Comment