Industri fesyen di Malaysia kini semakin berkembang dengan kemunculan gaya turban. Fesyen turban 'classy' ini semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati para penggemar kerana ia boleh digayakan untuk pelbagai acara serta busana.
Bukan sahaja boleh digayakan oleh wanita yang menampilkan imej muslimah, malah turban juga boleh diolah dengan pelbagai variasi gaya yang menarik mengikut personaliti pemakai.
Bagi anda yang meminati gaya turban ini, rekaan turban dua beradik yang menggunakan label AzuraAzwa merupakan salah satu pilihan terbaik untuk anda mencubanya. Jenama yang tercetus atas nama dua beradik, Azura Liyana Azmi dan Azwa Elena Azmi ini mula menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
Turban yang dihasilkan mereka pernah dipakai oleh penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza dan pelakon Natasha Hudson serta beberapa orang lagi personaliti tanah air.
0 comments:
Post a Comment